Monday 24 October 2011

Seminggu Yang Berlalu....

Alhamdulillah minggu yang mencabar telah berlalu. tujuh hari yang sangat padat dengan pelbagai aktiviti walaubagaimanapun saya sangat berpuas hati kerana minggu tersebut berakhir dengan kemanisan yang sangat indah.  saya mulakan dengan awal minggu kami di SK taman molek sibuk dengan raptai untuk kejohanan sukan sekolah kali ke 10.Sepatutnya sukan yang dijadualkan berlangsung pada hari Khamis 20 Oktober tiba-tiba terpaksa diawalkan pada 19 oktober.Bertungkus lumuslah saya dan rakan-rakan membuat persiapan. Saya ditugaskan untuk membantu  melatih pasukan pancaragam sekolah.Sebenarnya saya tidak ada kemahiran pun cuma menyibukkan diri membantu rakan-rakan yang sangat bersungguh-sungguh iaitu Cikgu Jamiatul Aishah, Cikgu Faridah Dan Cikgu Salasiah. Tabik SPRINGGGGG untuk mereka kerana sanggup mengharungi pelbagai rintangan dan dugaan dalam melatih pasukan pancaragam sekolah.
pasukan pancaragam ketika sesi latihan..... Guru Besar pun turun padang....

Cikgu Jamiatul Aishah....
cikgu faridah pun tak kurang hebatnyeee.....

 Dalam keghairahan membuat persiapan tiba-tiba saya menerima sepucuk surat dari PPD pasir gudang untuk menghadiri kursus pedagogi Kemahiran Hidup pada 19 Oktober.... maka berlangsungla Hari sukan SKTM tanpa saya. Tapi saya gembira kerana Pasukan Jerung mendapat tempat ke 2... Tahniah kepada guru dan juga murid-murid. 
anak-anak jerung...... 
Berakhir sukan sekolah saya menerima satu tugasan iaitu pihak johor Copration meminta kami menghantar 6 pasukan untuk menyertai Cabaran Catur Bistari Peringkat Daerah.Pada awalnya saya rasa keberatan untuk menerima tawatran tersebut memandangkan kami hanya ada 2 hari untuk melatih murid-murid bermain catur bistari yang pada saya bukan satu permainan yang mudah. Namun dengan sokongan pihak Guru Besar saya dan rakan-rakan menyahut cabaran ini. 
murid-murid berlatih bermain catur bistari....

Pada 21oktober 2011 berlangsunglah pertandingan Cabaran Catur Bistari di Persada Johor bahru. Seramai 36 orang iaitu 6 pasukan telah mewakili sekolah kebangsaan Taman Molek.Ini adalah penyertaan pertama SKTM dalam cabaran catur Bistari. Melihat cara peserta dari sekolah lain bermain dengan begitu pantas dan cekap membuatkan kami guru-guru yang turut sama berada di lokasi pertandingan rasa kagum. kami tidak meletakkan harapan yang terlalu tinggi dalam pertandingan ini cukuplah sekadar dapat memberikan pengalaman kepada murid-murid kami yang pertama kali menyertai pertandingan ini. namun Tuah Ayam nampak dikaki tuah SKTM nampak di CATUR BISTARI... Alhamdulillah salah satu kumpulan dari SKTM telah mendapat johan dalam pertandingan Cabaran Catur Bistari 2011 peringkat Daerah Pasir Gudang dengan pungutan aset sebanyak 600 juta lebih.....Ucapan terima kasih kepada Cikgu Salmi, Cikgu Huda, Cikgu Asnorhisham,Cikgu Aisah yang membantu melatih peserta tidak ketingalan kepada cikgu Siti Rubiah dan Cikgu Rosmalina yang mengiringi peserta. Insyaallah pada tahun hadapan kumpulan ini akan bertanding di peringkat negeri. Sama-sama kita doakan kejayaan mereka.....
kamilah juara........
peserta dan guru-guru pengiring


wajah-wajah ceria peserta dan guru pengiring

" Hidup itu adalah rangkaian perjuangan demi perjuangan, maka jangan ada kata menyerah, putus asa dan sia-sia.. Tetaplah tegar meski yang lain berguguran, tetaplah tersenyum meski perjuangan ini terasa pahit dan berliku.. Karena Dia tak kan menyia-nyiakan perjuangan kita."


1 comment:

  1. Akhirnya setiap yang susah,pahit,getir... jika di lalui dengan tenang dan sabar akan menjadi manis akhirnya... yang mustahak emosi dan mental kita mesti kuat... itulah tugas guru bukan didalam kelas semata-mata... banyak lagi cabaran pada masa hadapan yang perlu ditempuhi

    ReplyDelete