Saturday 23 March 2013

USRAH NURANI MENYENTUH HATI....

Semalam dalam perjalanan menuju ke Felda Bukit Aping Barat Kota Tinggi meziarah makcik yang akan mengerjakan umrah saya mendengar radio IKIM,,,, Slot pada petang itu ialah Usrah nurani yang bertajuk keutamaan ibubapa..

 Antara intipati yang menyentuh hati saya ialah persoalan yang dibangkitkan oleh penceramah... iaitu berapa kali kah sepanjang usia kita menuturkan perkataan saya sayang ibu... saya sayang ayah... Memang benar kita selalu menunjukkan rasa kasih sayang kita melalui perbuatan tapi kalau diluahkan dengan kata-kata ianya sebenarnya lebih memberi kesan kepada ibubapa kita. Memang ada benarnya bagi saya sendiri memang saya sayang ayah dan ibu tapi kasih sayang selalu saya tunjukkan dengan perbuatan sahaja jarang sekali saya meluahkan kata-kata . 

Satu kisah yang dikongsikan oleh penceramah ialah kisah seorang perempuan yang menjaga ayahnya yang sakit setiap hari dihospital. Bersungguh-sunggu dia menjaga ayahnya yang sakit sehingga satu hari datang seorang lelaki soleh berkata kepadanya
 " kamu anak yang solehah saya doakan syurga tempatmu wahai anak yang solehah".

 Dengan rendah hati wanita itu berkata sambil menangis "Sesungguhnya saya tidak layak digelar begitu kerana saya ini adalah anak yang derhaka. Setiap hari saya menjaga ayah saya dihospital untuk membalas jasanya yanng telah membesarkan saya selama ini tapi dimalam hari saya akan berdoa kepada allah supaya mengambil nyawa ayah saya kerana tidak sanggup lagi untuk saya melihat penderitaannya. Sedangkan sewaktu saya kecil saya telah jatuh sakit. Setiap saat ayah sentiasa berdoa kepada allah supaya janganlah ambil nyawa anknya yang sangat disayangi

Kisah ini ringkas tapi ada pengajaran didalamnya . Seorang ayah sanggup menjaga dan membesarkan anaknya walaupun terpaksa melalui pelbagai onak dan duri tapi seorang anak belum tentu mampu bertahan dengan kerenah ayah sewaktu hari tuanya... Sama-sama kita renungkan.... Selagi masih berkesempatan mari sama-sama kita luahkan rasa kasih dan sayang kita kepada kedua-dua orang yang telah melahirkan kita ke dunia ini.... 

No comments:

Post a Comment