Saturday 29 October 2011

Kaya Realiti

Alhamdulillah saya masih dianugerahkan masa dan kudrat untuk melakar nota hati pada hari ini. hari ini saya ingin kongsikan serba sedikit hasil  pembacaan saya dalam majalah solusi edisi 37.

  Bila sebut saja KAYA pasti yang tergambar dalam fikiran kita rumah besar, duit banyak, kereta mewah,pakaian mahal, dan sebagainya.namun hakikat kaya yang sebenarnya bukanlah kaya dengan harta yang mewah. Disini saya ingin kongsikan 7 kategori kaya realiti:

1. KAYA DALAMAN
memiliki set minda yang positif ,ketenangan dalaman dan kekuatan spiritual yang tinggi. Mempunyai asas agama yang kukuh dan kepercayaan kepada Allah s.w.t.manusia tidak akan mampu mencapai kekayaan yang hakiki sekiranya meletakkan Allah jauh dari hatinya. Kaya realiti ialah apabila seseorang beriman dan mengaku bahawa tiada yang layak disembah selain Allah dan meletakkan Allah sebagai tempat bergantung.

"Jika kita mengejar dunia akhirat akan meninggalkan kita tetapi jika kita mengejar akhirat pasti dunia akan menuruti kita."
2. KAYA KESIHATAN
kesihatan itu kekayaan .Tiada gunanya keuntungan dalam perniagaan dan kejayaan dalam pekerjaan jika mengejarnya hingga jatuh sakit

3. KAYA PERHUBUNGAN
Jika perhubungan kita dengan keluarga dan orang yang berada di sekeliling  kita baik maka inilah sebenarnya kekayaan. Pernah anda fikirkan tak kenapa Allah ciptakan kita dua tangan, dua telinga,dua mata dan dua kaki tetapi Allah kurniakan kita satu Hati saja. Kita dikurniakan satu hati saja kerana dengan satu hati inilah Allah ingin mengajar kita berkongsi kasih sayang. Apa gunanya harta yang melimpah ruah jika kita miskin kasih sayang.

4.KAYA LEGASI
Buatlah sesuatu yang terus hidup setelah kita mati.Itulah yang sering dipesankan oleh orang bijaksana.jangan sekadar hidup secara biasa-biasa tetapi berilah impak yang signifikan yang terus berkekalan dan dikenang sebagai legasi kepada generasi kemudian setelah pemergian kita.


5. KAYA KERJAYA
kerjaya ialah wadah bagi mengeluarkan seluruh potensi diri dan bakat seseorang. kejayaan dalam kerjaya akan meningkatkan lagi harga diri. pada tafsiran saya kejayaan seseorang dalam kerjaya bukanlah berdasarkan pangkat dan jawatan yang disandang tetapi seseorang yang berjaya dalam kerjayanya adalah orang yang bekerja dengan niat yang betul iaitu kerana Allah,jujur, iklhlas serta sentiasa berusaha memperbaiki mutu kerja. Seorang sahabat pernah berpesan kepada saya katanya Allah tidak melihat hasil tetapi Allah menilai dan melihat usaha kita dalam sesuatu amal kebaikan.Jika niat kita bekerja kerana Allah maka ianya dikira sebagai satu ibadat.


6. KAYA PENGALAMAN/ILMU
Jiwa manusia sentiasa dahagakan pengalaman baru serta pengetahuan baru. Aktiviti-aktiviti kemanusiaan dan kemasyarakatan, sukan, pelancongan akan memberikan kita rasa kekayaan yang sukar untuk digambarkan. Orang yang kaya dengan pengalaman dan ilmu bukan sahaja akan mampu membawa dan mendorongnya kearah jalan kebaikan malah dengan ilmu dan pengalaman yang ada mampu membawa orang disekelilingnya kearah kebaikan.

7. KAYA EKONOMI
Wang walaupun bukan perkara terpenting dalam hidup tetapi ia tetap penting untuk menguruskan kehidupan dengan baik.ia akan memudahkan kita memenuhi keperluan tanpa bergantung dengan orang lain.Dengan wang kita mampu membantu meringankan beban insan yang memerlukan.


Inilah tujuh elemen yang perlu ada jika ingin mencapai kekayaan realiti.kekayaan yang berlandaskan harta semata-mata adalah kekayaan ilusi yang hanya akan memusnahkan dikemudian hari.

kaya realiti dambaan hati
berhias syukur sebagai penyeri
bukan harta dunia dibawa nanti
iman dan amal bekalan yang pasti

No comments:

Post a Comment