Friday 28 October 2011

Syukur....

Destinasi saya dan bonda tercinta hari ini ditemani 2 orang bodyguard yang setia Afiq zafran dan Irfan haffiy adalah rumah mak ngah di Felda Bukit Aping Barat.Rumah makngah buat kenduri doa selamat sempena hari lahir mak ngah yang ke 65.Semoga mak ngah dipanjangkan usia dan sentiasa diberi perlindungan dari NYA. Menu jamuan kat rumah mak ngah memang mengiurkan dan menyelerakan. Nasi putih, ayam masak kurma,kari daging, pulut kuning, mee rebus,bubur kacang, puding jagung dan kek coklat.

 Seronok bila melihat budaya masyarakat di sana yang masih mengamalkan makan hidang. Zaman sekarang jarang-jarang jumpa kenduri yang jamuannya makan hidang terutamanya kawasan bandar. kebanyakkan memilih kaedah buffet. Ketika melihat hidangan yang tersusun dalam dulang /talam. hati saya berdetik " orang malaysia ni mewah... Macam-macam makanan ada". Saya tak nafikan kata-kata yang sering disebut orang, Orang negara lain mati tak makan tapi orang negara kita ramai yang mati kerana makan.

 Bersyukurlah kita dengan rezeki dan nikmat yang dikurniakan Oleh Allah. ketika di negara kita mewah dengan pelbagai makanan cuba bayangkan segelintir saudara seagama kita yang kebuluran contohnya di Somalia.

kanak-kanak di Somalia
Sebagai makluman, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menganggarkan terdapat lebih dua juta pelarian Somalia yang majoritinya beragama Islam kekurangan zat dan terdedah kepada penyakit berjangkit serta kematian pada Ramadan lalu. Situasi  ini amat menginsafkan dan perlu dijadikan pedoman buat seluruh umat Islam di Malaysia.

Semoga kita tergolong dalam golongan orang-orang yang sentiasa bersyukur dengan nikmat kurnianNya.... Ameen.....


No comments:

Post a Comment