Saturday 15 October 2011

KUASA SEORANG IBU

Tersentuh hati menonton cerekarama di tv 3 malam tadi. Drama bertajuk " bawaku ke syurga" memberi kesedaran betapa Doa seorang ibu sangat mempengaruhi kehidupan seorang anak.Drama ini memaparkan 2 karakter ibu yang berbeza dan mempunyai anak yang sedang menunggu hukuman mati dipenjara. Seorang Ibu selalu mendoakan yang baik untuk anaknya manakala seorang lagi ibu selalu mengungkapkan perkataan keji dan hina pada anaknya.Akhirnya keikhlasan hati seorang ibu mendokan anaknya telah membebaskan anaknya daripada tuduhan membunuh.Setiap kata yang terukir dibibir seorang ibu adalah doa.maka kepada sekelian ibu dan bakal ibu ungkapkanlah perkataan yang baik-baik untuk anak-anakmu.

Kepada anak-anak pula tanggungjawab seorang anak terhadap ibunya ialah menghormati dan mentaati mereka selagi ianya tidak bertentangan dengan syarak ...
Beribadahlah kalian kepada Allah dan janganlah menyekutukan-Nya dengan sesuatupun serta berbuatbaiklah kepada kedua orang tua. (An-Nisa`:36)
Saya ingin kongsikan 1 peristiwa berkaitan ibu.
Seorang ibu datang ke sekolah setelah tamat sesi persekolahan sesi pagi mencari anaknya tidak pulang ke rumah. Saya yakin perasaan kasih sayang dan kerisauan terhadap keselamatan anaknya lah yang mendorong ibu tersebut berbuat demikian. Tapi malangnya apabila IBU tersebut menemui anaknya disekolah yang sedang merayau-rayau dipersekitaran sekolah IBU tersebut telah ditengking oleh anaknya

IBU      : Kenapa kamu tak balik?
MURID : Mak ni kan dah bagitau ayah!.................... 
Rakan saya yang mendengar perbualan tersebut tersentak lalu menegur murid tersebut atas perbuatannya yang salah tapi murid tersebut berlalu tanpa kata maaf untuk ibunya.Sepanjang perbualan tersebut tidak sekalipun murid tersebut merendahkan intonasi suaranya. Menurut IBU tersebut dia sangat risau kerana anaknya pernah tidak hadir ke sekolah agama selama sebulan dengan alasan terlibat dengan latihan rumah sukan di sekolah kebangsaan sedangkan pada waktu itu sebenarnya tiada latihan sukan diadakan. Anaknya juga telah menghantar surat kepada guru sekolah agama dan meniru tandatangan bapanya. Aduhai sedihnya bila terdengar cerita ini dari rakan saya. Murid ini adalah kategori murid yang berada di kelas hadapan".
   Redha Allah terletak pada redha ibubapa" inilah yang selalu saya ingatkan kepada murid-murid saya. Semoga ianya terkesan di hati mereka.
Hargailah mereka selagi ada didepan mata....Sayangi mereka kerana mereka kita ke syurga.. Tahniah buat pengarah darama "BAWAKU KE SYURGA" kerana telah menghasilkan cerita yang sangat baik. Semoga ada hati-hati yang tersentuh,mata-mata yang mengalirkan air mata keinsafan,telinga yang mendengar massage yang ingin disampaikan . 

*Terima kasih buat BONDA tercinta HJH ZAIDA BINTI ABD AZIZ kerana tidak jemu mendoakan yang terbaik buat anakmu ini..


No comments:

Post a Comment