Thursday 27 December 2012

mERAIKAN cINtA MeReKa....

sekejap sungguh masa berlalu tak terasa dah sampai ke penghujung cuti persekolahan dan juga tahun 2012... akan bertambah usia tapi status masih sama.... hehehehe.... masih bergelar anak gadis kepada Hj Salleh dan Hjh Zaida..



Sepanjang cuti sekolah ni, hujung minggu memang tak melekat di rumah semata-mata memenuhi undangan majlis perkahwinan rakan-rakan kerja, rakan-rakan sekolah, rakan-rakan maktab dan juga sedara mara.... dapat juga jumpa kwn2 lain yang sama2 datang ke majlis....daripada info yang saya tau menghadiri knduri kawin tu wajib hukumnye.jadi saya sedaya upaya meluangkan masa menghadiri majlis mereka.


wajah-wajah raja sehari.....


25 NOVEMBER 2012: sepupu saya suliza dan pasangannye....@ Pasir Gudang

1 DISEMBER 2012 : Rakan sekerja kak Rosmalina @ Kota Bharu kelantan



9 DISEMBER 2012 : Rakan baik saya Shazwan dan Farhana @ Melaka



15 DISEMBER 2012 :  Pn Noraida Fadila & suaminya @ Kukup Golf Resort, Pontian


22 DISEMBER 2012 : Sepupu saya Fara Diba & Suami @ Pasir Gudang
sangat seronok dapat menghadirkan diri untuk meraikan hari bahgia mereka.... terlalu banyak undangan yang bertindih.. So ada juga majlis yang tak dapat nk hadirkan diri sebab tak mampu rasanye nk kerat-kerat badan ni kesana sini  hehehehe... walaubagaimanapun doa saya mengiringi mereka..

kepada rakan-rakan dan juga sedara mara yang dh bertukar status..... Tahniah untuk kalian... selamat pengantin baru...semoga dapat melayari bahtera rumahtangga hingga ke syurga..amin...







Tuesday 16 October 2012

KARNIVAL BISTARI 2012

Pada 29 September yang lalu 4 orang murid dan seorang guru pembimbing kelab didik Bistari SK Taman Molek telah terpilih mewakili daerah Pasir Gudang ke karnival Bistari dan Pelancaran KFC QU Card di Putrajaya.
       Karnival Bistari kali ini adalah yang pertama kali dianjurkan oleh Johor Copration diluar Johor. Tujuan penganjurannya diluar Johor adalah untuk memperkenalkan program keusahawanan iaitu didik bistari dan tunas bistari kepada sekolah-sekolah di negeri lain. Selain itu Johor Copration juga turut memperkenalkan produknya Catur Bistari dan cilik Bistari.Terdapat pelbagai aktiviti yang dijalankan antaranya medan niaga, pertandingan catur bistari IPTA dan simulasi cilik bistari. Murid-murid juga berpeluang melihat selebriti Datuk Dr Fazley Yaacob dari jarak dekat menerusi  forum bersama usahawan-usahawan berjaya.


        Murid-murid Sk Taman Molek telah melibatkan diri dalam simulasi cilik bistari,walaupun tidak berjaya mendapat tempat pertama namun prestasi yang ditunjukkan oleh mereka sangat memberangsangkan.






Timbalan perdana Menteri juga turut hadir untuk merasmikan karnival Bistari 2012 dan melancarkan KFC Que Card. 

Semoga program ini memberikan pengalaman yang bermakna untuk murid-murid yang terlibat. Bak kata pepatah Jauh perjalanan luas pemandangan....


sekian.........

Friday 7 September 2012

BELAJAR ERTI REDHA


HIDUP tanpa matlamat ibarat berjalan tanpa arah. Sama macam berlari sambil menutup mata. Mampukah anda melakukan kesemua kerja tanpa mampu melihat ke dunia luar?
Allah dah bagi kita nikmat, maka gunakanlah sebaiknya. Macam itu juga yang dinamakan hidup ini. Hidup ini selalu juga orang kata suatu perjudian. Ada betulnya juga ungkapan itu. Kadang-kadang apa yang kita nak, apa yang kita memang nak sangat dapat, apa yang kita rasa-rasa betul  dah nak dapat, tapi akhirnya kita gagal. Kita tak dapat apa yang kita inginkan. Sebab itulah ramai orang menganggap hidup ini judi. Perjudian bagi mereka yang tidak pernah cuba untuk menilai dengan sebaiknya hidup ini.
Hidup kita ni ada akhirnya. Suatu hari nanti kita akan mati. Dunia yang kita sedang sedap-sedap duduk ini tiba saatnya nanti akan binasa. Jadi, apa nak risau. Buat apa nak takut soal rezeki dan masa depan kita. Allah dah janjikan pada setiap hamba-hambanya. Setiap orang Tuhan memang bagi rezeki. Cuma kita tak tahu bila, di mana dan bagaimana rezeki itu diperoleh.
Saya teringat kata-kata masyhur daripada Saidina Ali, apa sahabat baginda ni bagitahu? Ya, katanya, dunia ini hanyalah tidur (mimpi), dan apabila mati sahaja nanti barulah manusia akan terjaga (tersedar).
Jadi anda semua, sedar tak kita soal perkara-perkara ini. Kita perlu sentiasa ingat bahawa tak ada namanya hidup jika semata-mata Allah nak susahkan umatnya. Allah tak macam tu. Allah sengaja datangkan dulu kesusahan. Dia nak tengok sejauh mana kita berusaha untuk atasi masalah tu.
Allah dah janji pada anda, pada saya dan pada semua manusia, setiap kesusahan akan menanti  kesenangan di akhirnya. Carilah dalam surah Insyirah, anda akan jumpa pada ayat kelima dan keenam. Dua kali Allah sebut.
Jadi, tak payah nak sedih. Tak usah nak muram-muram. Sebab bahagian kita dah memang ada. Kesenangan kita memang dah sedia menanti. Allah dah janji. Kita usaha, kita doa, tawakal, insyaAllah sampailah masanya nanti, adalah itu.
Saya tinggalkan anda dengan sepotong doa. Bacalah, amalkanlah tatkala sedang bersedih. InsyaAllah ketika anda sedang berdukacita, anda tak akan sampai lupa dari ingat Tuhan. Anda akan tetap berpasrah kepadaNya.
“Ya Allah, aku berlindung denganMu daripada ditimpa kesusahan dan kedukaan daripada kelemahan dan kemalasan, daripada kedekut dan perasaan takut dan daripada desakan berhutang dan paksaan orang.”

Wednesday 30 May 2012

Mampukah Aku Mencintai

Berkata Ibnu Abbas r.a bahawasanya RasuluLlah s.a.w telah bersabda : Allah telah berfirman : " Berkata Daud tatkala dia berkata-kata kepada Tuhannya : Ya Tuhanku! Siapakah di antara hamba-hambaMu yang paling Engkau cintai, supaya aku mencintainya dengan sebab cintaMu itu? Berfirman Tuhan: Wahai Daud! Orang yang paling Kucintai di antara hamba-hambaKu ialah yang bertakwa hatinya, suci kedua-dua belah tangannya, tidak menyusahkan orang lain dan tidak membuat fitnah ke sana ke mari, gunung-ganang akan berubah namun dia tetap begitu juga, dia mencintaiKu serta menarik hamba-hambaKu untuk mencintaiKu.

Thursday 3 May 2012

SELAMAT HARI LAHIR



Assalamualaikum dan salam sejahtera.... alhamdulillah hari ini saya ingin tujukan entri kali ini khas buat dua orang insan yang sangat istimewa dalam hidup saya , anak sedara dan juga kakak saya yang berkongsi tarikh lahir 3 Mei 2012.... semoga Allah sentiasa melindungi mereka.... 






Dengan nama Allah Yg Maha Pengasih dan Penyayang..

Ya Allah ...

Panjangkanlah umur dua insan yang amat kusayangi ini. Kurniakanlah kesihatan yang baik padanya,  terangi hatinya dengan nur pancaran iman. Tetapkanlah hatinya, perluaskanlah rezekinya, dekatkanlah hatinya kepada kebaikan,  jauhkanlah hatinya pada kejahatan, tunaikanlah hajatnya baik hajat dalam agama,dunia dan akhirat .....

Ameen.

Thursday 26 April 2012

Produk Kreatif Kelab Didik Bistari

Sempena sambutan Hari Guru 2012 kelab Didik Bistari SKTM melangkah kehadapan dengan memperkenalkan produk kreatif yang boleh dijadikan cenderamata khas hari guru. Murid-murid boleh menempah untuk guru-guru kesayangan mereka..... Semoga produk-produk ini mendapat sambutan dari warga SKTM...... Perniagaan Satu Perjuangan ! Chaiyok ahli didik bistari sktm 2012!!!!!

Jom lihat produk kreatif kami  yang murah dan berbaloi-baloi......


keychain bentuk love




penanda buku





kerongsang pun ada........






Thursday 19 April 2012

Cubaan...1... 2...3

Assalamualaikum.... saya kembali lagi berceloteh di blog Kalam Hati Cahaya Aini ....Hari ini saya nk bercerita tentang aktiviti baru saya. Baru-baru ni saya ada cuba2 buat produk kraf daripada kain felt. sekarang ni saya perhatikan ramai yang buat bisnes online produk berasaskan kain felt. kalau kreatif dan kena pada gayanya memang menarik... hehehe... Bila saya tgk ramai yang dah mula buat saya pun cuba cari maklumat di internet tentang bahan-bahan yang diperlukan dan cara nk buat produk-produk menggunakan kain felt ni..Nak kata susah tak la susah sangat, nk kata senang pun tak la senang sgt.bahan-bahan yang diperlukan pun dh banyak jual dikedai-kedai.Berbekalkan sekelumit semangat dan minat saya pun cubala buat untuk kegunaan sendiri dan suka-suka je. Berikut adalah beberapa cubaan yang saya buat..... nampak macam menjadi... hehehehe.... perasan....

kerongsang..... mudah dan tak perlukan modal yang banyak...

keychain....

penanda buku......
penanda buku..

keychain yang belum siap sepenuhnya....

Thursday 12 April 2012

ACHEH DIGEGARKAN DENGAN GEMPA BUMI

Bismillahirahmanirrahim........ Bersyukur masih dikurnia kesempatan untuk  berpijak dibumi pinjaman ini. Semalam seluruh dunia diselubungi rasa cemas berikutan dengan gempa bumi yang melanda Acheh.Alhamdulillah tiada kemalangan jiwa dilaporkan. Apabila mendengar berita gempa bumi di Achehe terbayang-bayang diruang mata saya saat syahdu tsunami yang berlaku 2004....Berikut adalah berita yang dipetik dari utusan online.

JAKARTA 12 April – Selepas digegarkan gempa kuat berukuran 8.5 pada skala Richter petang semalam dan sejumlah gempa susulan sehingga malam tadi, Aceh terus dilanda gempa tektonik berkekuatan 5.3 pada skala Richter pagi ini.
Kejadian berlaku di 442 km ke barat daya bandar Sabang, Aceh pada pukul 7.29 pagi, dengan kedalaman gempa 124 km.
Ketua Stesen Geofisika Badan Meteorologi, Klimatologi, dan Geofisika (BMKG) Kepahaing, Bengkulu, Dadang Permana berkata, sehingga kini sejumlah 25 gempa susulan berkekuatan lebih 5 pada skala Richter berlaku sejak kejadian gempa bumi kuat petang semalam.
Gempa susulan terkuat pada Rabu berlaku pada pukul 5.45 petang atau dua jam selepas gempa pertama, dengan kekuatan 8.3 skala Richter, yang juga berpotensi menimbulkan tsunami.


Kuasa Allah memelihara masjid dari bencana sewaktu Tsunami 2004.... Subhanallah!!!!

Gempa kuat yang menggegar Simeulue itu dikhuatirkan akan mencetus gempa lain yang diakibatkan oleh gesekan lempeng Indo-Australia yang terdapat di sepanjang perairan Barat Sumatera, dan penduduk di pesisir pantai telah diminta berwaspada terhadap kemungkinan itu.
Kawasan pesisir pantai itu membabitkan provinsi Aceh, Sumatra Utara, Sumatra Barat, Bengkulu dan Lampung. - BERNAMA

Saturday 7 April 2012

TIPS MEMBUAT PILIHAN

Saya mulakan entri kali ini dengan lafaz mulia Bismillahirahmanirrahim....... kali ini saya ingin kongsikan sedikit tips hasil pembacaan saya dan pencarian saya. Hidup kita tak lari daripada slot untuk membuat keputusan... Seringkali kita menghadapi masalah untuk membuat keputusan yang terbaik agar tidak menyakiti mana-mana pihak..... huhuhu ini lah yang sering saya hadapi.... Kadang-kadang kita terlalu menjaga hati dan perasaan orang sehingga ianya mempengaruhi keputusan yang kita buat. Tapi bagi saya itu bukan jalan yang terbaik kita perlu juga memikirkan kepentingan diri... bukanlah bermakna kita ni selfish..... kalau asyik memikirkan orang sehingga diri sendiri x terbela itu dh dikira menganiaya diri sendiri kan.... Hope tips yang berikut boleh dimanfaatkan oleh saya dan anda bila menghadapi situasi perlu membuat keputusan :


  1. Terlebih dahulu anda perlu mengetahui lingkaran keputusan yang akan anda lakukan. Sebagai contoh apakah pilihan yang anda miliki? Adakah pilihan yang anda miliki lebih daripada dua? dan sebagainya. Cara ini penting untuk anda mendapat gambaran kasar mengenai situasi tersebut.
  2. Apabila anda sudah mengenalpasti pilihan-pilihan yang ada, dapatkan maklumat yang lebih terperinci mengenai satu-satu pilihan sebanyak yang boleh. Maklumat akan diperolehi dengan cara bercakap dengan orang yang bersesuaian, mendapatkan nasihat daripada rakan-rakan dan keluarga, melakukan penyelidikan melalui membaca buku, majalah atau rencana akhbar.
  3. Setelah mengumpulkan segala maklumat yang telah anda miliki, catatkan kebaikan atau keburukan mengenai satu-satu pilihan tersebut. Ini adalah untuk membantu anda membuat perbandingan dengan lebih jelas.
  4. Jangan membiarkan diri anda dipengaruhi dengan faktor luaran ketika melakukan sesuatu keputusan itu. Anda sepatutnya lebih mengetahui apakah yang lebih terbaik untuk diri anda sendiri.
  5. Berfikir secara jujur mengenai kebimbangan atau motif sesuatu keputusan itu. Setiap keputusan pasti mempunyai dilemanya yang tersendiri, jangan sesekali membuat keputusan dengan cuba untuk menipu diri sendiri.
  6. Cuba untuk mencari alternatif lain. Mungkin pilihan-pilihan yang anda miliki sekarang tidak dapat membantu untuk lakukan sesuatu keputusan dengan lebih baik. Jangan sesekali hanya bergantung terhadap pilihan yang anda miliki sahaja. Berusaha untuk mempelbagaikan lagi pilihan yang ada. Lebih banyak pilihan yang anda miliki bermakna lebih baik keputusan yang mampu anda lakukan.
  7. Letakkan satu jangkamasa mengenai pengumpulan maklumat atau pencarian pilihan untuk mambantu anda melakukan satu-satu keputusan. Ini adalah kerana anda sememangnya tidak akan memiliki masa yang cukup. Anda perlu memahami elemen masa yang akan mempengaruhi keputusan itu. Mungkin keputusan yang ingin anda lakukan sudah tidak lagi relevan untuk pada masa yang akan datang.
  8. Anda perlu menetapkan pendirian bahawa anda tidak akan menyesali tentang keputusan yang anda sendiri telah lakukan. Baik atau buruk sesuatu keputusan itu hanyalah proses menimba pengalaman untuk menjadi yang lebih baik. Yakin dengan keputusan anda.
                                                                                                                         (sumber : top5reason.com)

Saya ingin menambah sedikit tips yang di atas, Sebagai umat islam kita jangan lupa untuk memohon petun juk daripada Allah S.W.T agar hati kita terdorong untuk membuat pilihan @ keputusan yang terbaik...... sekian....

p/s : trm kasih kpd shbt baik saya yang menghantar sms peringatan ini " Jangan Banyak Fikir.... Banyakkan Zikir "

Wednesday 4 April 2012

Untukmu ayah....

Puisi ini khas untuk ayahnda tercinta HJ Salleh Bin Kassim sempena hari lahir Yang ke 62 tahun" selamat hari lahir Ayah"



Telah Rapuh tulang-tulangmu
yang dahulu kau gunakan
untuk memberikan kami sesuap nasi
untuk menunaikan kewajibanmu sebagai kepala keluarga

Kini… kau berdaya lagi melakukan semuanya
kini… kau hanya mampu memberikan kami nasihat
kini… kau hanya mampu mengucapkan doa yang tulus untuk kami
untuk anak yang telah kau besarkan dengan kerja kerasmu

Ayah….
Air mata ini tak mampu membalas semuanya
semua yang kau lakukan untuk hidup kami
semua yang kau berikan kepada kami

Ayah…
Kasih sayang mu takkan mampu tergantikan orang lain
Perhatian yang kau berikan kepada kami takkan pernah kami lupakan
Walaupun kadang kami tidak mengindahkan semua yang kau berikan
Kadang kami tak pernah menghargai semua yang kau berikan

Kini, kamilah yang harus melakukan semuanya
Kamilah yang harus membalas semuanya


Ayah….
Izinkanlah kami menjadi anak yang berbakti kepadamu
Anak yang tak melupakan kasih sayangmu
Izinkanlah kami untuk membahagiakanmu

Meskipun kami sedar
itu semua tidak mampu membayar semua yang telah kau berikan
dan kami sedar, nyawapun takkan mampu membalas semuanya…

Terima kasih ayah…
Kini kami menjadi orang yang mampu berdiri
kini kami mampu menjalani hidup dengan doa dan kasih sayangmu…

I Love You Ayah….
Selamat Hari Lahir Ayah........../.



Wednesday 15 February 2012

Saya Yang Setahun Jagung....

Assalamualaikum..... lamanya tak update blog ni kesibukkan kerja  membataskan saya untuk update blog. Rasanye untuk tahun 2012 ni sejak mula sesi persekolahan tak menang tangan dibuatnya... kadangkala terasa dh sampai ke tahap stress..
Tugas sebagai seorang guru memang bayak cabarannya.. tapi alhamdulillah masih boleh dikawal lagi.. Kuncinya hadapi sesuatu tugasan dengan berfikiran positif.Semoga Allah mempermudahkan segala urusan saya...

ini adalah doa yang saya amalkan bila menghadapi kesukaran ...
 insyaallah mujarab jika kita  yakin ... sama2 kita amalkan.... :)




7 Februari 2012 genap setahun saya bergelar pendidik. Alhamdulillah saya berjaya mengharungi cabaran sepanjang setahun yang lalu. banyak pengalaman baru yang saya terima, insyaallah saya akan terus belajar dari orang2 yang berpengalaman. Ada  35 tahun lagi... bak kata seorang guru senior di sekolah... saya ni baru setahun jagung.... hehehehehe..... Semoga allah sentiasa mempermudahkan jalan saya dan meluruskan niat saya dalam profesion perguruan ini.

 Pesan bonda tercinta saya niat itu penting... betulkan niat dalam apa jua yang kita lakukan. Niatkan bekerja kerana Allah barulah kerja kita dianggap sebagai ibadah. Jadi marilah kita sama-sama betulkan niat kita dalam melakukan setiap pekerjaan. Jika kita bekerja untuk mendapat pangkat,nama.pengiktirafan dan harta tak ada gunanya kerana suatu hari nanti semuanya akan musnah juga. Tak ada yang kekal didunia ini. Sekadar untuk renungan bersama serta peringatan buat diri saya yang sering leka dan alpa ini. Mari kita hayati pesanan Nabi Muhammad untuk umatnya yang tercinta.




Sesungguhnya setiap amal perbuatan tergantung pada niatnya. Dan sesungguhnya setiap orang (akan dibalassesuai dengan niatnya(HR. al-Bukhāriy dan Muslim)