Thursday 14 November 2013

Tak Kusangka tak Kuduga.....

 Salam.... macam tajuk lagu je... memang pun pinjam tajuk lagu untuk tajuk entri kali ini. memang tak sangka dan tak diduga tapi itulah dia Allah maha perancang. Kita merancang tapi perancangan Allah itu yang terbaik.. Setiap yang berlaku ada hikmahnya dan Allah telah merancang sesuatu yang terbaik disebalik dugaan yang diberi. Terpulang kepada kita untuk mengambil ibrah disebali setiap kejadian.7 Julai 2013 ,seperti  tajuk entri tak kusangka tak kuduga, jeng...jeng...jeng... berlangsung sebuah majlis yang sederhana d iteratak ayah dan bonda....Sebuah majlis yang tak ada dalam list perancangan tahun 2013 saya..Tp syukur alhamdulillah semuanya berjalan lancar.Ianya berlaku agak pantas namun saya yakin Allah menjadikan sesuatu tepat pada masanya.

saat jari disarungkan cincin...
senyum... tak perlu kata apa2.....
sebahagian hantaran....biru dan ungu pilihanku.....

adik beradik.... orang penting
sepupu-sepupu merangkap designer mini pelamin

semoga ikatan yang terjalin dapat memupuk ukhuwah dua buah keluarga....dengan restu keluarga dan niat Kerana Allah semoga semuanya berjalan lancar sehingga keperingkat seterusnya....... Thank you Allah... walaupun semuanya berlaku begitu pantas seperti dalam mimpi..Tak pernah terfikir Dia bakal menjadi pilihan hati...Insyaallah keikhlasan hati meluahkan hasrat dengan cara yang begitu terhormat  dan iringan restu ibu bapa , Allah membuka pintu hati ini... 

# tiga bulan sudah berlalu..... ada beberapa bulan sebelum melangkah ke alam baru...Ya allah pelihara kami dari sebarang keburukan dan fitnah....

“Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa – bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal-mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia diantara kamu disisi Allah ialah orang yang paling taqwa diantara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal.” [QS. Al Hujuraat (49):13]





memori tercipta bersama geng2 didik bistari 2013


lamanye tak update blog... last update bulan april...lamanye bertapa... hihihi... so saja kali ni nk share pic kejayaan kelab didik  bistari 2013.. Walaupun dh agak lama terperap semua pic ni tetap nk share kat blog sebagai kenangan...



TEMPAT KE 2: Anugerah penghargaan kelab terbaik peringkat negeri Johor

TEMPAT KETIGA CABARAN CILIK BISTARI PERINGKAT NEGERI JOHOR.... Alhamdulillah.......
wajah-wajah gembira dapat hadiah jam tangan jenama BUM,sijil dan baucer KFC

bersama guru npembimbing ,GPK KOKO dan GURU BESAR.....


terima kasih kepada semua yang terlibat dengan kejayaan ini. Semoga tahun depan wajah-wajah baru yang akan mengantikan murid-murid tahun 6 sekarang dapat melakar kejayaan yang lebih hebat.......insyaallah kalau masih diperlukan lagi khidmat dalam kelab didik akan beruaha buat yang lebih baik......