Friday 14 October 2011

TEMAN BARU....

ini lah teman baru saya.....
Alhamdulillah syukur yang tidak terhingga kerana masih diberi ruang untuk bernafas di Bumi Allah yang maha luas ini. pagi ini cuaca sejuk dan agak mendung ada tanda-tanda hujan akan turun...terpaksalah saya batalkan niat untuk berjogging pagi ni ( dh lame x beriadah sebenarnye badan dh terasa berat hehehehe). Uniknya kehidupan ini allah ciptakan kita tak tahu apa yang akan berlaku pada esok hari walaupun kita merancang bermacam-macam perkara belum tentu kita dapat laksanakan kerana perancang yang terbaik hanyalah DIA... Oleh kerana tak jadi perancangan saya, pagi ini saya buat keputusan untuk meluangkan masa bersama TEMAN BARU saya...
"Batu Bata kehidupan " adalah buku yang saya beli bulan lepas tapi masih belum sempat nk dibaca kerana kekangan masa.. Seorang rakan cadangkan saya beli buku ini katanye Hilal Asyraf ni seorang penulis muda yang berbakat. Baca helain pertama membuatkan saya rasa nak membaca helain seterusnye... memang betul la Hilal Asraf ini ada gaya penulisannya yang tersendiri.
Secara ringkasnye menurut Hilal Asyraf.....

 "BATU-BATA KEHIDUPAN terdiri daripada tiga mauduk utama iaitu Allah, Cinta dan Kehidupan Mukmin yang merupakan bahan bina penting dalam struktur ‘bangunan kehidupan’ setiap insan.

BATU-BATA KEHIDUPAN mengajak pembaca membina ‘bangunan kehidupan’ dengan bahan bina yang berkualiti dan utuh agar ia dapat bertahan hingga ke akhirat.

Sekian saja perkongsian saya ....

1 comment:

  1. beliau mmg penulis muda berbakat. saya selalu baca entry di dinding facebooknya dan langitilahi.com

    ReplyDelete