Friday 7 September 2012

BELAJAR ERTI REDHA


HIDUP tanpa matlamat ibarat berjalan tanpa arah. Sama macam berlari sambil menutup mata. Mampukah anda melakukan kesemua kerja tanpa mampu melihat ke dunia luar?
Allah dah bagi kita nikmat, maka gunakanlah sebaiknya. Macam itu juga yang dinamakan hidup ini. Hidup ini selalu juga orang kata suatu perjudian. Ada betulnya juga ungkapan itu. Kadang-kadang apa yang kita nak, apa yang kita memang nak sangat dapat, apa yang kita rasa-rasa betul  dah nak dapat, tapi akhirnya kita gagal. Kita tak dapat apa yang kita inginkan. Sebab itulah ramai orang menganggap hidup ini judi. Perjudian bagi mereka yang tidak pernah cuba untuk menilai dengan sebaiknya hidup ini.
Hidup kita ni ada akhirnya. Suatu hari nanti kita akan mati. Dunia yang kita sedang sedap-sedap duduk ini tiba saatnya nanti akan binasa. Jadi, apa nak risau. Buat apa nak takut soal rezeki dan masa depan kita. Allah dah janjikan pada setiap hamba-hambanya. Setiap orang Tuhan memang bagi rezeki. Cuma kita tak tahu bila, di mana dan bagaimana rezeki itu diperoleh.
Saya teringat kata-kata masyhur daripada Saidina Ali, apa sahabat baginda ni bagitahu? Ya, katanya, dunia ini hanyalah tidur (mimpi), dan apabila mati sahaja nanti barulah manusia akan terjaga (tersedar).
Jadi anda semua, sedar tak kita soal perkara-perkara ini. Kita perlu sentiasa ingat bahawa tak ada namanya hidup jika semata-mata Allah nak susahkan umatnya. Allah tak macam tu. Allah sengaja datangkan dulu kesusahan. Dia nak tengok sejauh mana kita berusaha untuk atasi masalah tu.
Allah dah janji pada anda, pada saya dan pada semua manusia, setiap kesusahan akan menanti  kesenangan di akhirnya. Carilah dalam surah Insyirah, anda akan jumpa pada ayat kelima dan keenam. Dua kali Allah sebut.
Jadi, tak payah nak sedih. Tak usah nak muram-muram. Sebab bahagian kita dah memang ada. Kesenangan kita memang dah sedia menanti. Allah dah janji. Kita usaha, kita doa, tawakal, insyaAllah sampailah masanya nanti, adalah itu.
Saya tinggalkan anda dengan sepotong doa. Bacalah, amalkanlah tatkala sedang bersedih. InsyaAllah ketika anda sedang berdukacita, anda tak akan sampai lupa dari ingat Tuhan. Anda akan tetap berpasrah kepadaNya.
“Ya Allah, aku berlindung denganMu daripada ditimpa kesusahan dan kedukaan daripada kelemahan dan kemalasan, daripada kedekut dan perasaan takut dan daripada desakan berhutang dan paksaan orang.”

1 comment:

  1. Hidup tidak selalu nya indah...Sentiasa bersyukur dgn apa yg ada..Alhamdulillah

    ReplyDelete