Friday 25 November 2011

Didik Bistari jelajah bandaraya bersejarah


Assalamualaikum dan salam sejahtera.Alhamdulillah masih diberi peluang untuk bernafas di bumi pinjaman ini. Kali ini saya ingin kongsikan siri penjelajahan saya bersama guru-guru dan usahawan muda kelab didik bistari ke Melaka baru-baru ini. Percutian ini merupakan satu pulangan modal kepada usahawan muda didik bistari bagi tahun 2011. Peningkatan dari segi keuntungan pada tahun ini membolehkan kami barisan guru-guru merancang siri penjelajahan selama 3 hari 2 malam.

Hari pertama :

Kami bertolak ke Melaka dari SKTM lebih kurang pada jam 9.00 pagi.Kami bergerak dengan menaiki Sebuah van  dan 2 buah kereta. Lebih kurang jam 12 tengahari kami sampai ke destinasi pertama kami iaitu Taman rama-rama. Selain rama-rama taman ini juga menepatkan beberapa hhaiwan reptilia yang sangat menarik. Destinasi seterusnya ialah zoo Melaka. zoo Melaka merupakan salah satu zoo yang besar di negara kita.
kenangan di zoo melaka

ronda-ronda zoo Melaka


salah satu rama-rama yang terdapat di taman rama-rama



Seterusnya setelah puas berjalan di Zoo Melaka kami terus ke Kg Morten iaitu homestay tempat tinggal kami. terima kasih kepada Ustz Abu Bakar yang bersusah payah mencari homestay utk kami semua. Memang berbaloi-baloi, luas, cantik dan harga berpatutan.



Malam itu selepas makan malam kami bertolak ke Menara taming Sari dan Junker Walk. 
Pengalaman yang sangat indah melihat pemandangan bandaraya melaka di malam hari.

Hari kedua:

Hari kedua siri penjelajahan kami bermula di Muzium Samudera iaitu muzium didalam kapal. Selepas itu Kami ke Muzium TUDM. 












kami juga sempat melawat ke kubu A Famosa dan muzium istana kesultanan melayu Melaka untuk melihat sejarah kegemilangan sultan melaka pada zaman dahulu.



Siri penjelajahan kami diteruskan lagi pada petang itu ke destinasi seterusnya iaitu kami menaiki river cruise mengelilingi sekitar bandaraya melaka dan destinasi terakhir pada petang itu ialah Dataran pahlawan.





Malam itu kami tidak kemana-mana kami bersantai di Homestay sambil menyaksikan perlawanan Akhir Bola Sepak Sukan Sea. Selepas tamat perlawanan bola sepak, kami mengadakan sesi refleksi aktiviti kelab didik bistari sepanjang tahun 2011 serta penyerahan sijil dan cenderamata. Malam itu juga saya dan cikgu Huda sempat membeli sedikit juadah untuk di jamu bersama-sama. Malam itu kami makan Domino's Pizza... Terima Kasih kepada Mr Juru Pandu merangkap sahabat saya yang telah membantu kami mencari kedai Domino's Pizza dan juga menjadi kaunter pertanyaan saya sepanjang kami di Melaka.

Hari Ketiga

Masa untuk ke destinasi terakhir....... Seawal jam 9 pagi setelah sarapan pagi  kami bertolak ke destinasi terakhir. Sebelum itu kami sempat merakam gambar kenangan di sekitar kampung Morten.


Destinasi terakhir sebelum pulang ialah Taman Botanical yang terletak di Ayer keroh. Taman ini merupakan tempat reakreasi yang sangat luas. Selain menjadi tumpuan pelancong kerana suasananya yang damai dan permai di dalam Taman ini juga terdapat Taman Dinasour dan Kampung Buku. Pelawat boleh singgah di kampung Buku untuk membaca dan membeli buku-buku yang terdapat disana. Ada kisah lucu kami disini. setelah puas menjelajah kawasan taman ini kami tidak jumpa jalan keluar, puas berpusing-pusing kami sangkakan jalan yang kami lalui itu akan sampai ke tempat parking rupanya kami semakin menjauhi pintu keluar. Maka terpaksalah kami berpatah balik menggunakan laluan masuk yang agak jauh.huhuhuhu.... Kami bertolak balik ke SKTM pada jam 12 tengahari dan selamat sampai jam 3 petang.
melihat keindahan alam




replika dinasour

sesat.... pusing-pusing cari jalan keluar



Terima Kasih saya ucapkan kepada barisan guru-guru pembimbing Kelab Didik Bistari Cikgu Asnor, Cikgu Aisah, Cikgu Huda danUstz Abu Bakar kerana telah sama-sama berusaha menjayakan sesi lawatan ini. Terima kasih juga kerana telah memberi peluang kepada saya menjadi sebahagian daripada keluarga Kelab Didik Bistari. Saya budak baru belajar kalau salah tolong tunjukkan....hehehehe... Semoga tahun hadapan kita dapat menjadi satu team yang lebih hebat dengan kehadiran beberapa orang guru pembimbing yang baru.

Kepada usahawan-usahawan muda kelab Didik Bistari yang akan meninggalkan kelab ini pada tahun hadapan Iskandar, Sayang Eliana, Aqilah, Firzanah dan Diny Tahniah dan terima kasih diatas komitmen kalian selama ini. Kepada Usahawan muda yang tinggal Humairah, Amirah, Arman, Syahmi, Effa, kita akan sama-sama menjayakan aktiviti-aktiviti kelab Didik Bistari tahun hadapan bersama ahli-ahli didik yang baru.








4 comments:

  1. Syabas! Apa yg dirancang telah terlaksana. Kejayaaan program ini dsedikit sebanyak dapat meningkatkan motivasi kpd peserta mghasilkan sesuatu yg terbaik pd masa akan dtg.

    ReplyDelete
  2. tq cik pencinta ilmu... smg tahun depan dengan adanya perkongsian idea daripada guru penasihat baru dapat meningkatkn lagi kegemilangan Kelab Didik Bistari

    ReplyDelete
  3. tahniah! terima kasih di atas catatan ini sungguh bagus dan bermakna...

    ReplyDelete