Saturday, 23 March 2013

JOM JADI CIKGU......


Kementerian Pelajaran Malaysia mempelawa calon lulusan Sijil Pelajaran Malaysia yang berkelayakan, berpotensi, berminat dan beriltizam untuk mengikuti program yang ditawarkan dalam Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) seperti yang berikut:

Nama Program : Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP)
Jenis Ijazah : Ijazah Sarjana Muda Perguruan dengan Kepujian
Mod Kursus : Sepenuh Masa

STRUKTUR PROGRAM
Program Persediaan Dua Belas (12) Bulan/Dua (2) Semester
Program Ijazah Empat (4) Tahun/Lapan (8) Semester


SYARAT DAN KELAYAKAN ASAS
  • Warganegara Malaysia.
  • Umur tidak melebihi 20 tahun pada 30 Jun 2013 iaitu lahir pada atau selepas 30 Jun 1993. 
  • Calon hendaklah sihat fizikal dan mental.
  • Calon hendaklah aktif dalam kegiatan kokurikulum.
  • Mempunyai kelayakan akademik di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia dengan mendapat cemerlang dalam mana-mana tiga (3) mata pelajaran. DAN sekurang-kurangnya kepujian dalam tiga (3) mata pelajaran yang berikut: Bahasa Melayu; Sejarah; Satu (1) mata pelajaran yang lain; serta lulus Bahasa Inggeris. 
  • Memenuhi syarat dan kelayakan khusus bidang pengajian yang dipohon (Rujuk e-Panduan Permohonan semasa membuat permohonan nanti).

CARA MEMOHON
  • Permohonan hanya boleh dibuat secara dalam talian (online) dengan melayari laman sesawang Kementerian Pelajaran Malaysia di alamat : http://www.moe.gov.mymulai 22 Mac 2013
  • Pemohon dinasihatkan melayari laman sesawang: http://www.moe.gov.my bagi mendapatkan maklumat iklan, bidang pengkhususan dan gred minimum serta kalendar aktiviti sebelum membuat permohonan. 
  • Calon dibenarkan mengemukakan SATU (1) permohonan sahaja.
  • Permohonan boleh dikemaskini pada bila-bila masa sahaja dan hendaklah dihantar  sebelum tarikh tutup permohonan iaitu 31 MAC 2013 (11.59 MALAM).  Permohonan yang berjaya dihantar akan menerima nombor rujukan sebagai pengesahan.
  • Maklumat yang tidak benar dan tidak lengkap boleh mengakibatkan permohonan ditolak.

Matlumat lanjut boleh didapati melalui muat turun info melalui pautan laman KPM: http://www.moe.gov.my/cms/upload_files/articlefile/2013/002861.pdf
# SAYA ADALAH GURU KELUARAN IPG DIBAWA PROGRAM PISMP.... INSYA ALLAH BERDASARKAN PENGALAMAN  SANGAT BERBALOI  MENJADI INSAN YANG TERPILIH DI DALAM PROGRAM INI..... 

qasidah buat kekasih yang dirindui.....




Khamis lalu sewaktu sambutan Maulidurasul di sekolah... guru-guru dan murid-murid kumpulan nasyid ada mengalunkan qasidah ya badrotim yang bermaksud wahai purnama.... Inilah dia maksud dalam bahasa melayu qasidah ya badrotim ... 



Wahai Purnama … wahai Purnama …
Yang indah lagi sempurna
Bagaimana … bagaimana …
Nak ku luah dengan kata-kata
Engkau menyinar di Alam Tinggi … di Alam Tinggi
Engkau menyinar di Alam Tinggi … di Alam Tinggi
Terangi kegelapan dan kebatilan
Wahai Purnama … wahai Purnama …
Yang indah lagi sempurna
Bagaimana … bagaimana …
Nak ku luah dengan kata-kata
Dengan mu alam bergemerlapan … bergemerlapan
Dengan mu alam bergemerlapan … bergemerlapan
Zahir batin dengan nur nikmat dan kurniaan
Wahai Purnama … wahai Purnama …
Yang indah lagi sempurna
Bagaimana … bagaimana …
Nak ku luah dengan kata-kata
Selawat Allah ke atasmu selama-lamanya …
Selawat Allah ke atasmu selama-lamanya …
Siang dan malam jua … siang dan malam jua
Wahai Purnama … wahai Purnama …
Yang indah lagi sempurna
Bagaimana … bagaimana …
Nak ku luah dengan kata-kata
Selawat jua pada ahlimu dan sahabatmu …
Selawat jua pada ahlimu dan sahabatmu …
Mereka yang istimewa dan amat sempurna …
Wahai Purnama … wahai Purnama …
Yang indah lagi sempurna
Bagaimana … bagaimana …
nak kuluah dengan kata-kata





USRAH NURANI MENYENTUH HATI....

Semalam dalam perjalanan menuju ke Felda Bukit Aping Barat Kota Tinggi meziarah makcik yang akan mengerjakan umrah saya mendengar radio IKIM,,,, Slot pada petang itu ialah Usrah nurani yang bertajuk keutamaan ibubapa..

 Antara intipati yang menyentuh hati saya ialah persoalan yang dibangkitkan oleh penceramah... iaitu berapa kali kah sepanjang usia kita menuturkan perkataan saya sayang ibu... saya sayang ayah... Memang benar kita selalu menunjukkan rasa kasih sayang kita melalui perbuatan tapi kalau diluahkan dengan kata-kata ianya sebenarnya lebih memberi kesan kepada ibubapa kita. Memang ada benarnya bagi saya sendiri memang saya sayang ayah dan ibu tapi kasih sayang selalu saya tunjukkan dengan perbuatan sahaja jarang sekali saya meluahkan kata-kata . 

Satu kisah yang dikongsikan oleh penceramah ialah kisah seorang perempuan yang menjaga ayahnya yang sakit setiap hari dihospital. Bersungguh-sunggu dia menjaga ayahnya yang sakit sehingga satu hari datang seorang lelaki soleh berkata kepadanya
 " kamu anak yang solehah saya doakan syurga tempatmu wahai anak yang solehah".

 Dengan rendah hati wanita itu berkata sambil menangis "Sesungguhnya saya tidak layak digelar begitu kerana saya ini adalah anak yang derhaka. Setiap hari saya menjaga ayah saya dihospital untuk membalas jasanya yanng telah membesarkan saya selama ini tapi dimalam hari saya akan berdoa kepada allah supaya mengambil nyawa ayah saya kerana tidak sanggup lagi untuk saya melihat penderitaannya. Sedangkan sewaktu saya kecil saya telah jatuh sakit. Setiap saat ayah sentiasa berdoa kepada allah supaya janganlah ambil nyawa anknya yang sangat disayangi

Kisah ini ringkas tapi ada pengajaran didalamnya . Seorang ayah sanggup menjaga dan membesarkan anaknya walaupun terpaksa melalui pelbagai onak dan duri tapi seorang anak belum tentu mampu bertahan dengan kerenah ayah sewaktu hari tuanya... Sama-sama kita renungkan.... Selagi masih berkesempatan mari sama-sama kita luahkan rasa kasih dan sayang kita kepada kedua-dua orang yang telah melahirkan kita ke dunia ini.... 

Monday, 18 March 2013

pesanan untuk hatiKU.....


Mencari hikmah di setiap kejadian yang menimpa itu kadang-kadang tidak terlihat oleh hati yang berputus asa...

Hikmah hanya akan dapat dilihat oleh orang yang memang pasrah terhadap percaturan  takdir Allah...
tapi dalam masa yang sama berusaha dan berusaha  untuk mencari ibrah serta kekuatan disebalik apa yang sedang dan telah berlaku........

Thursday, 27 December 2012

mERAIKAN cINtA MeReKa....

sekejap sungguh masa berlalu tak terasa dah sampai ke penghujung cuti persekolahan dan juga tahun 2012... akan bertambah usia tapi status masih sama.... hehehehe.... masih bergelar anak gadis kepada Hj Salleh dan Hjh Zaida..



Sepanjang cuti sekolah ni, hujung minggu memang tak melekat di rumah semata-mata memenuhi undangan majlis perkahwinan rakan-rakan kerja, rakan-rakan sekolah, rakan-rakan maktab dan juga sedara mara.... dapat juga jumpa kwn2 lain yang sama2 datang ke majlis....daripada info yang saya tau menghadiri knduri kawin tu wajib hukumnye.jadi saya sedaya upaya meluangkan masa menghadiri majlis mereka.


wajah-wajah raja sehari.....


25 NOVEMBER 2012: sepupu saya suliza dan pasangannye....@ Pasir Gudang

1 DISEMBER 2012 : Rakan sekerja kak Rosmalina @ Kota Bharu kelantan



9 DISEMBER 2012 : Rakan baik saya Shazwan dan Farhana @ Melaka



15 DISEMBER 2012 :  Pn Noraida Fadila & suaminya @ Kukup Golf Resort, Pontian


22 DISEMBER 2012 : Sepupu saya Fara Diba & Suami @ Pasir Gudang
sangat seronok dapat menghadirkan diri untuk meraikan hari bahgia mereka.... terlalu banyak undangan yang bertindih.. So ada juga majlis yang tak dapat nk hadirkan diri sebab tak mampu rasanye nk kerat-kerat badan ni kesana sini  hehehehe... walaubagaimanapun doa saya mengiringi mereka..

kepada rakan-rakan dan juga sedara mara yang dh bertukar status..... Tahniah untuk kalian... selamat pengantin baru...semoga dapat melayari bahtera rumahtangga hingga ke syurga..amin...







Tuesday, 16 October 2012

KARNIVAL BISTARI 2012

Pada 29 September yang lalu 4 orang murid dan seorang guru pembimbing kelab didik Bistari SK Taman Molek telah terpilih mewakili daerah Pasir Gudang ke karnival Bistari dan Pelancaran KFC QU Card di Putrajaya.
       Karnival Bistari kali ini adalah yang pertama kali dianjurkan oleh Johor Copration diluar Johor. Tujuan penganjurannya diluar Johor adalah untuk memperkenalkan program keusahawanan iaitu didik bistari dan tunas bistari kepada sekolah-sekolah di negeri lain. Selain itu Johor Copration juga turut memperkenalkan produknya Catur Bistari dan cilik Bistari.Terdapat pelbagai aktiviti yang dijalankan antaranya medan niaga, pertandingan catur bistari IPTA dan simulasi cilik bistari. Murid-murid juga berpeluang melihat selebriti Datuk Dr Fazley Yaacob dari jarak dekat menerusi  forum bersama usahawan-usahawan berjaya.


        Murid-murid Sk Taman Molek telah melibatkan diri dalam simulasi cilik bistari,walaupun tidak berjaya mendapat tempat pertama namun prestasi yang ditunjukkan oleh mereka sangat memberangsangkan.






Timbalan perdana Menteri juga turut hadir untuk merasmikan karnival Bistari 2012 dan melancarkan KFC Que Card. 

Semoga program ini memberikan pengalaman yang bermakna untuk murid-murid yang terlibat. Bak kata pepatah Jauh perjalanan luas pemandangan....


sekian.........

Friday, 7 September 2012

BELAJAR ERTI REDHA


HIDUP tanpa matlamat ibarat berjalan tanpa arah. Sama macam berlari sambil menutup mata. Mampukah anda melakukan kesemua kerja tanpa mampu melihat ke dunia luar?
Allah dah bagi kita nikmat, maka gunakanlah sebaiknya. Macam itu juga yang dinamakan hidup ini. Hidup ini selalu juga orang kata suatu perjudian. Ada betulnya juga ungkapan itu. Kadang-kadang apa yang kita nak, apa yang kita memang nak sangat dapat, apa yang kita rasa-rasa betul  dah nak dapat, tapi akhirnya kita gagal. Kita tak dapat apa yang kita inginkan. Sebab itulah ramai orang menganggap hidup ini judi. Perjudian bagi mereka yang tidak pernah cuba untuk menilai dengan sebaiknya hidup ini.
Hidup kita ni ada akhirnya. Suatu hari nanti kita akan mati. Dunia yang kita sedang sedap-sedap duduk ini tiba saatnya nanti akan binasa. Jadi, apa nak risau. Buat apa nak takut soal rezeki dan masa depan kita. Allah dah janjikan pada setiap hamba-hambanya. Setiap orang Tuhan memang bagi rezeki. Cuma kita tak tahu bila, di mana dan bagaimana rezeki itu diperoleh.
Saya teringat kata-kata masyhur daripada Saidina Ali, apa sahabat baginda ni bagitahu? Ya, katanya, dunia ini hanyalah tidur (mimpi), dan apabila mati sahaja nanti barulah manusia akan terjaga (tersedar).
Jadi anda semua, sedar tak kita soal perkara-perkara ini. Kita perlu sentiasa ingat bahawa tak ada namanya hidup jika semata-mata Allah nak susahkan umatnya. Allah tak macam tu. Allah sengaja datangkan dulu kesusahan. Dia nak tengok sejauh mana kita berusaha untuk atasi masalah tu.
Allah dah janji pada anda, pada saya dan pada semua manusia, setiap kesusahan akan menanti  kesenangan di akhirnya. Carilah dalam surah Insyirah, anda akan jumpa pada ayat kelima dan keenam. Dua kali Allah sebut.
Jadi, tak payah nak sedih. Tak usah nak muram-muram. Sebab bahagian kita dah memang ada. Kesenangan kita memang dah sedia menanti. Allah dah janji. Kita usaha, kita doa, tawakal, insyaAllah sampailah masanya nanti, adalah itu.
Saya tinggalkan anda dengan sepotong doa. Bacalah, amalkanlah tatkala sedang bersedih. InsyaAllah ketika anda sedang berdukacita, anda tak akan sampai lupa dari ingat Tuhan. Anda akan tetap berpasrah kepadaNya.
“Ya Allah, aku berlindung denganMu daripada ditimpa kesusahan dan kedukaan daripada kelemahan dan kemalasan, daripada kedekut dan perasaan takut dan daripada desakan berhutang dan paksaan orang.”