Saturday 13 April 2013

doa dipermudahkan segala urusan


DOA MEMOHON KEMUDAHAN

اللَّهُمَّ لاَ سَهْلَ إِلاَّ مَا جَعَلْتَهُ سَهْلاً وَأَنْتَ تَجْعَلُ الحَزْنَ إِذَا شِئْتَ سَهْلاً
Allahumma laa sahla illa maa ja’altahu sahlaa, wa anta taj’alul hazna idza syi’ta sahlaa
"Ya Allah, tidak ada kemudahan kecuali yang Engkau buat mudah. Dan engkau menjadikan kesedihan (kesulitan), jika Engkau kehendaki pasti akan menjadi mudah"

DOA DIPERMUDAHKAN SEGALA URUSAN

رَبَّنَا ءَاتِنَا مِنْ لَدُنْكَ رَحْمَةً وَهَيِّئْ لَنَا مِنْ أَمْرِنَا رَشَدًا
Robbanaa aatinaa minladunka rohmataw wahayya lanaa min amrinaa rosyada
“Wahai Tuhan kami berikanlah rahmat kepada kami dari sisi-Mu dan sempurnakanlah bagi kami petunjuk yang lurus dalam urusan kami (ini)”. (Q.S. Al-kahfi : 10)

Monday 8 April 2013

ISTIKHARAH SESUDAH ISTISYARAH....


Bismillahirrohmanirrohim..

Firman Allah SWT;
"Dan di antara tanda-tanda (kebesaranNya) ialah Dia Menciptakan pasangan-pasangan untukmu daripada jenismu sendiri, agar kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan Dia Menjadikan di antaramu rasa kasih & sayang. Sungguh, pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda (kebesaran Allah) bagi kaum yang berfikir." [surah Ar-Rum (30): ayat 21]

Dijadikan manusia oleh Allah SWT berpasangan-pasangan agar mereka merasakan sakinah. Initikata daripada ayat ini ialah, berhenti dan merasa aman. 

Dalam perihal memilih pasangan ini terdapat dua tindakan yang harus dilakukan secara berlangsung iaitu; Istikharah dan Istisyarah

Apabila datang dua pilihan atau lebih yang mana sama manfaatnya, sama baiknya, sama soleh atau solehahnya, maka perlulah kita melakukan 2 langkah yang disarankan tadi.

Istikharah ialah tawakal, doa & pengharapan kita kepada petunjuk & pertolongan daripada Allah, yang mana harus dijadikan sebagai amalan kebiasaan tatkala berhadapan dengan kebuntuan membuat keputusan-keputusan yang besar di dalam kehidupan & tidak hanya eksklusif dalam bab memilih jodoh sahaja.

Adapun begitu, istikharah ini haruslah didahului oleh istisyarah yang mana merupakan bahagian usaha kita. Kata lain yang memberi makna yang sama dengan istisyarah ini ialah musyawarah, mesyuarat. Berbincanglah dengan orang-orang tertentu yang dipercayai yang mengenali calon pasangan kita itu serta mintalah pandangan mereka tentang calon tersebut.

Kenalpasti pilihan calon pasangan kita itu dengan usaha. Usaha itulah yang dinamakan istisyarah tadi. Maknanya, tidaklah kita secara terus melakukan istikharah sedangkan usaha istisyarah tidak kita lakukan. Kedua-dua langkah ini penting dalam membantu kita membuat pilihan yang betul, insyaAllah.

"Sesungguhnya, tidak akan menyesal seseorang yang beristikharah kepada Allah & beristisyaroh kepada makhlukNya."

Namun, majoriti daripada masyarakat kita hari ini terlalu bergantung dan menunggu tanda istikharah itu termasuklah menanti mimpi dan sebagainya. Kecenderungan yang terlalu berfokus kepada tanda-tanda istikharah ini sebenarnya membuka sangat banyak ruang untuk syaitan menipu dan memperalatkan kita.

Ustaz Hasrizal mencadangkan bahawa, jika kita telah pun berusaha istisyarah & istikharah. Calon pasangan itu juga kita yakin dengan agamanya. Maka, terimalah dia dengan seadanya dengan tawakal kepada Allah. 

Firman Allah SWT;
"(Lazimnya) perempuan-perempuan yang jahat adalah untuk lelaki-lelaki yang jahat, dan lelaki-lelaki yang jahat untuk perempuan-perempuan yang jahat; dan (sebaliknya) perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik, dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik. Mereka (yang baik) itu adalah bersih dari (tuduhan buruk) yang dikatakan oleh orang-orang (yang jahat); mereka (yang baik) itu akan beroleh pengampunan (dari Allah) dan pengurniaan yang mulia."[surah An-Nur (24): ayat 26]

Apabila kita berbicara tentang kehidupan, makanya berbincanglah dalam 'Tauhidic Mindset'. Maksudnya, kita menyakini bahawa Allah lebih Tahu apa yang baik, Allah juga lebih Tahu apa yang buruk untuk kita melebihi daripada segala pengetahuan kita sendiri.

Jodoh itu umpama rezeki. Samada dicari ataupun ditemui. Allah telah pun menetapkan rezeki buat setiap seorang daripada kita. Cuba kita renungkan kekuasaan Allah. cicak adalah haiwan yang tidak bersayap. Namun, Allah menjadikan makanannya dari haiwan yang bersayap dan terbang. Pokok periuk kera tidak bergerak. Namun, Allah Menjadikan rezekinya yang bergerak itu, sendiri datang kepadanya. Begitu juga dengan burung, rezekinya telah Allah tentukan. Cumanya dia haruslah berusaha untuk terbang mencari & menemui rezekinya itu.

Adalah merupakan kewajipan bagi kita untuk berusaha serta wajib untuk kita menerima takdir daripada usaha kita itu. 

# SEKADAR PERKONGSIAAN... SEMOGA DAPAT DIMANFAATKAN BERSAMA......

PATAH HATI..... JANGAN TERDAMPAR SEPI


KAU TIDAK SEPERTI DULU
YANG KU KENALI DULU
RUPA HILANG SERI
MANAKAH MANISNYA

KAU TIDAK SEPERTI DULU
YANG KU KENALI DULU
MADAH TAK BERLAGU
MANAKAH GIRANGNYA

PATAH HATI
JANGAN TERDAMPAR SEPI
JANGAN TERSUNGKUR MATI
PATAH HATI
JANGAN LEBURKAN MIMPI
JANGAN MEMAKAN DIRI

BUKANKAH TUHAN CIPTAKAN MALAM
UNTUK BERADU MENANTI SIANG
BUKANKAH TUHAN TITISKAN HUJAN
MENANTI LIMPAH KEMARAU PANJANG

kami Juara Cilik Bistari.......

  Pada 6 April yang lalu pertandingan cabaran cilik bistari peringkat daerah telah berlangsung di Sek Men Agama Johor Jaya. Beberapa buah sekolah yang terlibat dengan program Didik Bistari anjuran johor Copration telah melibatkan diri.

Sk Taman Molek telah menghantar dua buah pasukan yang terdiri daripada sepuluh orang murid-murid tahun 6. Walaupun letih kerana baru sahaja pulang dari perkhemahan di Gunung Berlumut Kluang namun mereka tetap bersemangat. Alhamdulillah kali ini kami sekali lagi telah berjaya mengekalkan kejuaraan buat kali yang ketiga berturut-turut. Ini bermakna kami akan terpilih mewakili daerah Pasir Gudang untuk sesi 2013.
berikut adalah keputusan pertandingan cabaran cilik  bistari peringkat daerah 2013
1.SK Taman Molek
2.SK Taman Pasir Putih
3.SK Masai
4.SK Cahaya Baru
5. SK Masai
 Pertandingan cabaran cilik bistari peringkat negeri untuk sesi 2012 akan berlangsung pada 16 April. Semoga mereka dapat bermain dengan baik dan berjaya mengharumkan nama sekolah  di peringkat negeri.

Saturday 6 April 2013

mood berpuisi 2

duhai pemilik hati
pinjamkan daku sekelumit ketabahan
agar aku mampu berdiri dan berlari
menuju jalan yang berliku

duhai pencipta siang dan malam
anugerahkan aku hari y ceria tanpa duka
jauhkan aku gelap malam y menakutkan