Saturday 30 March 2013

Mood berpuisi....

pada awan yanng tinggi
telah kulakar sejuta mimpi
pada angin yang menderu telah ku ungkap kata hati
pada detik yang berlalu telah  terukir satu janji

Putaran masa berputar
 kita atur langkah mengapai mimpi
namun jalannya tak semudah yang kita duga
berliku.... berduri.... menuntut kesabaran hati
semakin jauh langkah kuatur
terasa jiwa melayang dibawa pergi entah kemana

pada Dia pemilik hati
kupohon petunjuk penguat jiwa
agar dapat kutuju destinasi yang pasti....
berbekal redha Mu pengutus bahagia abadi....

Monday 25 March 2013

sambil menyelam... minum air...

Cuti sekolah bagi bulan Mac telah pun bermula.Masa untuk merehatkan minda tapi masih ada beberpa tugas yang tak selesai lagi.Petang semalam saya dan rakan pergi ke sekolah menyiapkan beberapa tugasan yang belum diselesaikan. Lebih kurang 2 jam kami mengabiskan masa di sekolah namun masih ada lagi kerja yang belum sekesai dan terpaksa dibawa pulang. dalam perjalanan balik kami singgah di salah sebuah shooping mall. Jalan-jalan cuci mata... Bak kata pepatah sambil menyelam minum air. Puas berjalan dan membeli beberapa barang kami singgah di kedai buku. dah sekian lama saya tak membeli buku-buku kegemaran saya. 

Sewaktu di IPG setiap bulan pasti ada saja buku-buku baru yang saya beli. Menjadi hobi saya bila tertekan dengan asignmt yang banyak saya akan menghabiskan masa berjam-jam di kedai buku untuk membelek-belek buku.Walaupun kadangkala saya tak membeli tapi sekadar membelek-belek sudah cukup mengurangkan tekanan saya. Buku pilihan saya kebiasaannya buku motivasi, novel dan majalah. Tidur dengan buku juga adalah hobi saya sewaktu di IPG. Hehehe... Tapi sejak bekerja masa untuk membaca pun dah berkurang. Dua tahun kebelakangan ni saya jarang membeli buku sebab tak sempat nak baca pun. Kali ini hasil jalan-jalan cuci mata saya membeli sebuah novel dan buku motivasi. Novel yang saya beli ni dah lama saya idamkan  sejenis novel tarbiah hasil karya penulis kegemaran saya Fatimah Syarha dan suaminya..Buku motivasi pula hasil karya Dr HM Tuah, juga idola saya. Saya juga membeli 2 buah majalah islamic...Harap dapat la saya membaca bahan bacaan yang dh dibeli..


hasil jalan-jalan cuci mata......


MUTIARA KATA
"Orang yang bahagia itu akan selalu menyediakan waktu untuk membaca kerana membaca itu sumber hikmah menyediakan waktu tertawa kerana tertawa itu muziknya jiwa, menyediakan waktu untuk berfikir kerana berfikir itu pokok kemajuan, menyediakan waktu untuk beramal kerana beramal itu pangkal kejayaan, menyediakan waktu untuk bersenda kerana bersenda itu akan membuat muda selalu dan menyediakan waktu beribadat kerana beribadat itu adalah ibu dari segala ketenangan jiwa."

PERHIMPUNAN BULANAN KOKURIKULUM BSMM


Pada minggu lalu 20 Mac 2013 (RABU) tibala giliran unit beruniform Bulan Sabit Merah Malaysia untuk mengendalikan perhimpunan bulanan kokurikulum di SKTM bagi bulan Mac. Puasla kami guru-guru penasihat memikirkan idea bagi memastikan perhimpunan berjalan dengan lancar.Alhamdulillah walaupun terdapat beberapa kekangan seperti kekurangan masa untuk melatih murid-murid dek kerana UPPM 1yang berlangsung pada minggu lalu namun amanah yang diberikan tetap kami jalankan semampunya. Berkat usaha serta kerjasama yang diberikan  perhimpunan pagi itu berjalan dengan lancar.Tahniah kepada guru-guru penasihat dan pasukan bsmm. BSMM terbaik!!!!

bacaan ikrar
juru acara dan ketua

persembahan 
bacaan doa


 
   guru penasihat dan ahli BSMM
                                                                  


   jom saksikan rakaman video aksi ahli BSMM membuat persembahan.......


             

        

#kurangkan kontroversi.... tingkatkan prestasi.......







Saturday 23 March 2013

JOM JADI CIKGU......


Kementerian Pelajaran Malaysia mempelawa calon lulusan Sijil Pelajaran Malaysia yang berkelayakan, berpotensi, berminat dan beriltizam untuk mengikuti program yang ditawarkan dalam Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) seperti yang berikut:

Nama Program : Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP)
Jenis Ijazah : Ijazah Sarjana Muda Perguruan dengan Kepujian
Mod Kursus : Sepenuh Masa

STRUKTUR PROGRAM
Program Persediaan Dua Belas (12) Bulan/Dua (2) Semester
Program Ijazah Empat (4) Tahun/Lapan (8) Semester


SYARAT DAN KELAYAKAN ASAS
  • Warganegara Malaysia.
  • Umur tidak melebihi 20 tahun pada 30 Jun 2013 iaitu lahir pada atau selepas 30 Jun 1993. 
  • Calon hendaklah sihat fizikal dan mental.
  • Calon hendaklah aktif dalam kegiatan kokurikulum.
  • Mempunyai kelayakan akademik di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia dengan mendapat cemerlang dalam mana-mana tiga (3) mata pelajaran. DAN sekurang-kurangnya kepujian dalam tiga (3) mata pelajaran yang berikut: Bahasa Melayu; Sejarah; Satu (1) mata pelajaran yang lain; serta lulus Bahasa Inggeris. 
  • Memenuhi syarat dan kelayakan khusus bidang pengajian yang dipohon (Rujuk e-Panduan Permohonan semasa membuat permohonan nanti).

CARA MEMOHON
  • Permohonan hanya boleh dibuat secara dalam talian (online) dengan melayari laman sesawang Kementerian Pelajaran Malaysia di alamat : http://www.moe.gov.mymulai 22 Mac 2013
  • Pemohon dinasihatkan melayari laman sesawang: http://www.moe.gov.my bagi mendapatkan maklumat iklan, bidang pengkhususan dan gred minimum serta kalendar aktiviti sebelum membuat permohonan. 
  • Calon dibenarkan mengemukakan SATU (1) permohonan sahaja.
  • Permohonan boleh dikemaskini pada bila-bila masa sahaja dan hendaklah dihantar  sebelum tarikh tutup permohonan iaitu 31 MAC 2013 (11.59 MALAM).  Permohonan yang berjaya dihantar akan menerima nombor rujukan sebagai pengesahan.
  • Maklumat yang tidak benar dan tidak lengkap boleh mengakibatkan permohonan ditolak.

Matlumat lanjut boleh didapati melalui muat turun info melalui pautan laman KPM: http://www.moe.gov.my/cms/upload_files/articlefile/2013/002861.pdf
# SAYA ADALAH GURU KELUARAN IPG DIBAWA PROGRAM PISMP.... INSYA ALLAH BERDASARKAN PENGALAMAN  SANGAT BERBALOI  MENJADI INSAN YANG TERPILIH DI DALAM PROGRAM INI..... 

qasidah buat kekasih yang dirindui.....




Khamis lalu sewaktu sambutan Maulidurasul di sekolah... guru-guru dan murid-murid kumpulan nasyid ada mengalunkan qasidah ya badrotim yang bermaksud wahai purnama.... Inilah dia maksud dalam bahasa melayu qasidah ya badrotim ... 



Wahai Purnama … wahai Purnama …
Yang indah lagi sempurna
Bagaimana … bagaimana …
Nak ku luah dengan kata-kata
Engkau menyinar di Alam Tinggi … di Alam Tinggi
Engkau menyinar di Alam Tinggi … di Alam Tinggi
Terangi kegelapan dan kebatilan
Wahai Purnama … wahai Purnama …
Yang indah lagi sempurna
Bagaimana … bagaimana …
Nak ku luah dengan kata-kata
Dengan mu alam bergemerlapan … bergemerlapan
Dengan mu alam bergemerlapan … bergemerlapan
Zahir batin dengan nur nikmat dan kurniaan
Wahai Purnama … wahai Purnama …
Yang indah lagi sempurna
Bagaimana … bagaimana …
Nak ku luah dengan kata-kata
Selawat Allah ke atasmu selama-lamanya …
Selawat Allah ke atasmu selama-lamanya …
Siang dan malam jua … siang dan malam jua
Wahai Purnama … wahai Purnama …
Yang indah lagi sempurna
Bagaimana … bagaimana …
Nak ku luah dengan kata-kata
Selawat jua pada ahlimu dan sahabatmu …
Selawat jua pada ahlimu dan sahabatmu …
Mereka yang istimewa dan amat sempurna …
Wahai Purnama … wahai Purnama …
Yang indah lagi sempurna
Bagaimana … bagaimana …
nak kuluah dengan kata-kata





USRAH NURANI MENYENTUH HATI....

Semalam dalam perjalanan menuju ke Felda Bukit Aping Barat Kota Tinggi meziarah makcik yang akan mengerjakan umrah saya mendengar radio IKIM,,,, Slot pada petang itu ialah Usrah nurani yang bertajuk keutamaan ibubapa..

 Antara intipati yang menyentuh hati saya ialah persoalan yang dibangkitkan oleh penceramah... iaitu berapa kali kah sepanjang usia kita menuturkan perkataan saya sayang ibu... saya sayang ayah... Memang benar kita selalu menunjukkan rasa kasih sayang kita melalui perbuatan tapi kalau diluahkan dengan kata-kata ianya sebenarnya lebih memberi kesan kepada ibubapa kita. Memang ada benarnya bagi saya sendiri memang saya sayang ayah dan ibu tapi kasih sayang selalu saya tunjukkan dengan perbuatan sahaja jarang sekali saya meluahkan kata-kata . 

Satu kisah yang dikongsikan oleh penceramah ialah kisah seorang perempuan yang menjaga ayahnya yang sakit setiap hari dihospital. Bersungguh-sunggu dia menjaga ayahnya yang sakit sehingga satu hari datang seorang lelaki soleh berkata kepadanya
 " kamu anak yang solehah saya doakan syurga tempatmu wahai anak yang solehah".

 Dengan rendah hati wanita itu berkata sambil menangis "Sesungguhnya saya tidak layak digelar begitu kerana saya ini adalah anak yang derhaka. Setiap hari saya menjaga ayah saya dihospital untuk membalas jasanya yanng telah membesarkan saya selama ini tapi dimalam hari saya akan berdoa kepada allah supaya mengambil nyawa ayah saya kerana tidak sanggup lagi untuk saya melihat penderitaannya. Sedangkan sewaktu saya kecil saya telah jatuh sakit. Setiap saat ayah sentiasa berdoa kepada allah supaya janganlah ambil nyawa anknya yang sangat disayangi

Kisah ini ringkas tapi ada pengajaran didalamnya . Seorang ayah sanggup menjaga dan membesarkan anaknya walaupun terpaksa melalui pelbagai onak dan duri tapi seorang anak belum tentu mampu bertahan dengan kerenah ayah sewaktu hari tuanya... Sama-sama kita renungkan.... Selagi masih berkesempatan mari sama-sama kita luahkan rasa kasih dan sayang kita kepada kedua-dua orang yang telah melahirkan kita ke dunia ini.... 

Monday 18 March 2013

pesanan untuk hatiKU.....


Mencari hikmah di setiap kejadian yang menimpa itu kadang-kadang tidak terlihat oleh hati yang berputus asa...

Hikmah hanya akan dapat dilihat oleh orang yang memang pasrah terhadap percaturan  takdir Allah...
tapi dalam masa yang sama berusaha dan berusaha  untuk mencari ibrah serta kekuatan disebalik apa yang sedang dan telah berlaku........