Wednesday 30 November 2011

TIPS MENGGELAKKAN PENANGGUHAN


Masalah bertangguh atau dalam Bahasa Inggerisnya 'procastination' merupakan satu ancaman kronik bagi ramai umat Islam di Malaysia mahupun seluruh dunia.
Oleh kerana terbiasa dengan sikap bertangguh, sesuatu matlamat atau tujuan itu sukar untuk direalisasikan dengan sempurna dan cemerlang.
Berikut kami kongsikan tips untuk mengatasi masalah ini.
Pengurusan Masa: 8 Tips Mengelakkan Penangguhan
1. Kenal pasti sebab penangguhan sesuatu tugasan
Tanya kepada diri anda, adakah anda takut akan gagal dalam tugasan tersebut? Ataupun, anda seorang yang mementingkan kesempurnaan yang hanya akan memulakan kerja setelah semuanya selesai? Ataupun anda seorang yang mudah terganggu dan tidak fokus dalam melangsaikan sesuatu tugasan?
2. Kenal pasti tugasan anda dan bahagikannya kepada tugasan yang lebih kecil
Satu tips motivasi pernah dikongsikan, untuk makan seeokor gajah, caranya adalah dengan memotong daging gajah itu kepada ketulan kecil daging.
3. Letakkan tarikh akhir untuk tugasan anda
Cuba berikan tarikh dan masa untuk sesebuah tugasan. Contohnya, anda meletakkan matlamat untuk menghabiskan membaca sebuah buku dalam masa 1 minggu.
4. Bekerja dalam blok masa yang kecil tetapi kerap daripada bekerja dalam satu blok yang mengambil masa yang panjang
Contohnya apabila belajar, rehatlah sebentar selama 10 minit untuk setiap 1 jam atau 30 minit setelah belajar selama 2 jam.
5. Mulakan dengan tugasan yang mudah dulu
Ini bertujuan untuk memberi momentum kepada anda untuk bergerak. Hal lain seterusnya akan menjadi mudah kerana momentum yang sedia ada.
6.  Mulakan dengan tugasan yang anda rasa sukar
Ini bercanggah dengan tips 6. Manfaat tips ini adalah untuk memberikan psikologi kelegaan kepada anda. Selepas anda berjaya menyelesaikan sesuatu tugasan yang sukar, anda akan merasa sangat selesa kerana merasakan sebuah beban telah berjaya dialih. Tips ini memberi kepuasan kepada diri.
7. Memberitahu orang lain tentang tugasan anda
Contohnya, anda memberitahu kepada orang lain bahawa anda akan menyiapkan sesuatu tugasan dalam tempoh yang ditetapkan. Ini akan menimbulkan rasa tanggungjawab di dalam diri anda untuk melunaskan tugasan tersebut.
8. Elakkan berada di tempat yang mampu mengganggu anda
Contohnya anda boleh memilih untuk belajar di perpustakaan atau tempat lain yang lebih sunyi jika anda bimbang anda akan leka dengan internet.

Sunday 27 November 2011

LEMBARAN BARU 1433 HIJRAH


” Tiada lagi hijrah sesudah kemenangan membuka semula Kota Mekah melainkan Jihad dan niat”


LEMBARAN BARU 1433 HIJRAH

Tika terbuka lembaran baru
Bagaikan berat tanganku menutup lembaran lama
kerna terbayang palitan dosa semalam
yang tak mungkin mampu kupadam

Tika asyik mengulit pesona dunia
tak tersedar langkah di penghujung masa
lembaran baru kini menerpa
lantas hati berkata
 segunung dosaku padamu, 
sejuta langkah ku menjauhimu,
sewenangnya ku mungkir cintamu
namun tetap luas kasihmu
kau izinkan ku berteduh dibumimu
kau lebarkan rezekimu
kau biarkan roh ini kekal dijasad milikmu

Pesona kasihmu buatku tersipu
aku malu menjadi hamba yang alpa
Izinkan cahayamu menerangi jalan hijrahku
Pinjamkanku kekuatan  
meski tak mampu ku menunggang unta
meredah onak beribu batu
mencari sinar di  madinah
agar dapat ku bekalkan istiqamah menuju syurgamu

Pimpinku menelusuri hijrah ini Ya Rabbi.....


nukilan jiwa:
cahaya aini
2 Muharam 1433 Hijrah


Friday 25 November 2011

Didik Bistari jelajah bandaraya bersejarah


Assalamualaikum dan salam sejahtera.Alhamdulillah masih diberi peluang untuk bernafas di bumi pinjaman ini. Kali ini saya ingin kongsikan siri penjelajahan saya bersama guru-guru dan usahawan muda kelab didik bistari ke Melaka baru-baru ini. Percutian ini merupakan satu pulangan modal kepada usahawan muda didik bistari bagi tahun 2011. Peningkatan dari segi keuntungan pada tahun ini membolehkan kami barisan guru-guru merancang siri penjelajahan selama 3 hari 2 malam.

Hari pertama :

Kami bertolak ke Melaka dari SKTM lebih kurang pada jam 9.00 pagi.Kami bergerak dengan menaiki Sebuah van  dan 2 buah kereta. Lebih kurang jam 12 tengahari kami sampai ke destinasi pertama kami iaitu Taman rama-rama. Selain rama-rama taman ini juga menepatkan beberapa hhaiwan reptilia yang sangat menarik. Destinasi seterusnya ialah zoo Melaka. zoo Melaka merupakan salah satu zoo yang besar di negara kita.
kenangan di zoo melaka

ronda-ronda zoo Melaka


salah satu rama-rama yang terdapat di taman rama-rama



Seterusnya setelah puas berjalan di Zoo Melaka kami terus ke Kg Morten iaitu homestay tempat tinggal kami. terima kasih kepada Ustz Abu Bakar yang bersusah payah mencari homestay utk kami semua. Memang berbaloi-baloi, luas, cantik dan harga berpatutan.



Malam itu selepas makan malam kami bertolak ke Menara taming Sari dan Junker Walk. 
Pengalaman yang sangat indah melihat pemandangan bandaraya melaka di malam hari.

Hari kedua:

Hari kedua siri penjelajahan kami bermula di Muzium Samudera iaitu muzium didalam kapal. Selepas itu Kami ke Muzium TUDM. 












kami juga sempat melawat ke kubu A Famosa dan muzium istana kesultanan melayu Melaka untuk melihat sejarah kegemilangan sultan melaka pada zaman dahulu.



Siri penjelajahan kami diteruskan lagi pada petang itu ke destinasi seterusnya iaitu kami menaiki river cruise mengelilingi sekitar bandaraya melaka dan destinasi terakhir pada petang itu ialah Dataran pahlawan.





Malam itu kami tidak kemana-mana kami bersantai di Homestay sambil menyaksikan perlawanan Akhir Bola Sepak Sukan Sea. Selepas tamat perlawanan bola sepak, kami mengadakan sesi refleksi aktiviti kelab didik bistari sepanjang tahun 2011 serta penyerahan sijil dan cenderamata. Malam itu juga saya dan cikgu Huda sempat membeli sedikit juadah untuk di jamu bersama-sama. Malam itu kami makan Domino's Pizza... Terima Kasih kepada Mr Juru Pandu merangkap sahabat saya yang telah membantu kami mencari kedai Domino's Pizza dan juga menjadi kaunter pertanyaan saya sepanjang kami di Melaka.

Hari Ketiga

Masa untuk ke destinasi terakhir....... Seawal jam 9 pagi setelah sarapan pagi  kami bertolak ke destinasi terakhir. Sebelum itu kami sempat merakam gambar kenangan di sekitar kampung Morten.


Destinasi terakhir sebelum pulang ialah Taman Botanical yang terletak di Ayer keroh. Taman ini merupakan tempat reakreasi yang sangat luas. Selain menjadi tumpuan pelancong kerana suasananya yang damai dan permai di dalam Taman ini juga terdapat Taman Dinasour dan Kampung Buku. Pelawat boleh singgah di kampung Buku untuk membaca dan membeli buku-buku yang terdapat disana. Ada kisah lucu kami disini. setelah puas menjelajah kawasan taman ini kami tidak jumpa jalan keluar, puas berpusing-pusing kami sangkakan jalan yang kami lalui itu akan sampai ke tempat parking rupanya kami semakin menjauhi pintu keluar. Maka terpaksalah kami berpatah balik menggunakan laluan masuk yang agak jauh.huhuhuhu.... Kami bertolak balik ke SKTM pada jam 12 tengahari dan selamat sampai jam 3 petang.
melihat keindahan alam




replika dinasour

sesat.... pusing-pusing cari jalan keluar



Terima Kasih saya ucapkan kepada barisan guru-guru pembimbing Kelab Didik Bistari Cikgu Asnor, Cikgu Aisah, Cikgu Huda danUstz Abu Bakar kerana telah sama-sama berusaha menjayakan sesi lawatan ini. Terima kasih juga kerana telah memberi peluang kepada saya menjadi sebahagian daripada keluarga Kelab Didik Bistari. Saya budak baru belajar kalau salah tolong tunjukkan....hehehehe... Semoga tahun hadapan kita dapat menjadi satu team yang lebih hebat dengan kehadiran beberapa orang guru pembimbing yang baru.

Kepada usahawan-usahawan muda kelab Didik Bistari yang akan meninggalkan kelab ini pada tahun hadapan Iskandar, Sayang Eliana, Aqilah, Firzanah dan Diny Tahniah dan terima kasih diatas komitmen kalian selama ini. Kepada Usahawan muda yang tinggal Humairah, Amirah, Arman, Syahmi, Effa, kita akan sama-sama menjayakan aktiviti-aktiviti kelab Didik Bistari tahun hadapan bersama ahli-ahli didik yang baru.








MAJLIS PERPISAHAN MISS LOW @SKTM


Pada 16 November telah diadakan satu majlis perpisahan sempena persaraan miss low penyelia petang di sekolah kami.Persaraan Miss Low merupakan satu kehilangan yang besar bagi warga SKTM. Saya tidak begitu kenal rapat dengan beliau kerana saya merupakan warga baru di SKTM dan beliau pula bertugas di sesi petang. Walaubagaimanapun berdasarkan cerita dari rakan-rakan dan pemerhatian saya beliau merupakan orang yang sangat berdedikasi dalam melaksanakan tugasan.Semoga nilai-nilai baik yang ditunjukkan oleh beliau dapat dijadikan pedoman bagi saya dan rakan-rakan guru yang lain.... Selamat bersara Miss Low!

sekilas panorama majlis perpisahan Miss Low


36 tahun menabur bakti sebagai pendidik.....

persembahan murid 5arif... "Top Of The World"
persembahan murid petang

melodi lagu lagenda.... Gabriel memang hebat....





Wednesday 23 November 2011

pemilik hatiku ya rabbi....


wahai Sang pemilik hati....
anugerahkanku kebahagiaan abadi...

wahai pemilik hati....
hanya padamu ku curah rahsia hati...

wahai pemilik hati...
kau perantara sejati....

wahai pemilik hati....
dengan izinMu kuharap segalanya terungkai 

wahai pemilik hati...
syukur kau anugerahkanku perhiasan diri
malu yang merantai iman terpuji
lantaran itu biarla rahsia tersimpan di hati....


Wednesday 16 November 2011

mutiara kata persahabatan


Orang yang rugi ialah orang yang tidak memperoleh sahabat…
dan yang paling rugi ialah yang ditinggalkan oleh sahabat
Sesungguhnya persahabatan itu lebih unggul daripada percintaan
Tanpa persahabatan, percintaan akan berakhir
Tetapi tanpa percintaan, sahabat boleh kekal
Oleh itu, hargailah persahabatan yang terjalin
Kerana sahabat mewakili suatu kekuatan
Sahabat yang paling baik adalah
Diri kita yang sendiri tahu menilai setiap apa yang kita lakukan
Hadiah yang beharga dalam erti kata sahabat yang sebenar
Adalah memberi yang terbaik dari diri anda sendiri
Bergaullah dengan manusia sebaiknya
Sehingga kalau kamu mati mereka tangisi
Dan kalau hidup mereka selalu merindui kamu
Yang indah itu pertemuan
Yang manis itu kemsesraan
Yang pahit itu perpisahan
Yang tinggal hanyalah kenangan

Saturday 12 November 2011

KERANA DOSA.... KITA TERHALANG.....

Saya ingin kongsikan artikel yang mengetuk pintu hati dan menjentik minda saya untuk berfikir kebenarannya. Dalam menempuhi dan melayari samudera kehidupan kita seringkali alpa dan leka, semoga artikel ini memberi manfaat kepada kita semua. hayatilah......

Seringkali kita didorong dan dibantu Allah untuk berbuat kebaikan. Macam-macam ketaatan yang kita lakukan. Bukan saja orang lain berasa kagum, kita sendiri pun hairan. Ketika itu, hati rasa amat bahagia. Lalu kita kembalikan segunung kesyukuran pada Allah s.w.t. Siapalah kita tanpa pimpinan, dorongan dan pertolongan-Nya.

Tetapi tidakkah kita terasa apa-apa, jika pada waktu yang lain, tiada apa kebaikan pun kita lakukan? Apa jua kebaikan dan amal soleh tidak berdaya dibuat dan bagaikan terhalang. Bukan terhalang untuk tempoh sehari dua. Adakalanya ia berlanjutan berbulan-bulan dan bertahun-tahun. Hati memang rasa sebu dan sesak. Hidup tidak keruan dan ketahuan. Contohnya macam solat sunat qabliah, ba’diah dan mengisi tabung masjid, paling tidak setiap Jumaat.

Yang malangnya kita tidak rasa terpanggil untuk melihat dan mengaitkan kesan serta natijah itu dengan faktor Tuhan. Ramai di kalangan kita yang mampu merasai rahmat dan bantuan Allah, sebaliknya tidak ramai orang yang mampu untuk menghidu dan mengecam bentuk-bentuk kemurkaan Allah al-Jabbarul Muntaqim. Kita hanya melihatnya sebagai faktor biasa, seperti saintis barat yang melihat sesuatu fenomena alam biasa apabila bertembung dengan keajaiban ciptaan Allah s.w.t di angkasa.

Sebenarnya faktor dosalah yang menjadikan diri kita sentiasa terhalang dari berbuat ketaatan serta kebaikan. Apabila berdosa, Allah pun murka. Kerana murka kita ditinggalkan dan tidak dibantu-Nya. Apabila Allah tidak tolong kita, ketaatan yang paling kecil dan ringan pun tidak berdaya hendak kita lakukan. Kita pun tidak dipermudahkan Allah untuk membuat amal. Walhal solat sunat ini, berapa minitlah sangat? Derma $5 seminggu apalah sangat?

Itulah analoginya dan pengalaman kita. Andainya tiada hukuman dan denda bagi setiap dosa, maka kesan dosa dalam menghalang seseorang dari melakukan ketaatan pun sudah cukup menjadi hukuman kepada pelaku dosa. Perhatikanlah, bahawa nanti satu demi satu ketaatan akan terhalang dan ‘menjauh’ dari kita.

Bagi golongan Muqarrabin, derita terhalang daripada berbuat ketaatan sudah sukup dirasakan bagai tahi bintang yang akan menimpa kepala. Terhalang dari ketaatan itu adalah satu bencana dan malapetaka besar dalam memburu cinta Yang Esa. Kenapa dan mengapa? Kerana mereka melihat setiap satu daripada ketaatan tersebut lebih berharga dan lebih bernilai dari dunia serta segala isinya.

Ada di kalangan para sahabat yang tertinggal Takbiratul Ihram dalam jemaah bersama Rasulullah s.a.w, berasa amat menderita lalu telah bertindak mendermakan kebun kurmanya kepada jalan Allah. Fi sabilillah!

Justeru, mereka selalu memantau dan ‘update’ hubungan dengan Allah s.w.t. bukan sekadar itu. Bagi mereka ‘sesaat’ hati berpaling dari Allah (tidak mengingati dan mensyukurinya) sudah cukup menjadikan tubuh mereka ‘demam’. Jauh sangat kita dari sudut ini. Apa tidaknya. Sudah berbuat dosa besar pun, masih menunjuk muka ‘biasa’, masih selamba dan nampak ketawa berjenaka.

Sumber: Majalah Anis

SEHARUM KASTURI


Ketika ramai orang bertanya kepada Saidina Abu Bakar: " Kami selalu mencium bau harum kasturi dari tubuhmu sedangkan kamu tidak memakai kasturi. Apakah yang menyebabkan dirimu menjadi seharum kasturi?" Saidina Abu Bakar menjawab," Demi Allah, sudah bertahun aku tidak memakai kasturi tetapi bau harumnya bagaikan sebati dalam diriku. Mereka bertanya bagaimana boleh terjadi hal sedemikian.
Lalu Abu Bakar Al-Miski pun menceritakan peristiwa di sebalik keharuman kasturi itu. Pada suatu hari, ada seorang wanita yang melakukan tipu daya terhadapku sehingga aku masuk ke dalam rumahnya.
Ketika aku berada di dalam rumahnya, dia menutup semua pintu dan jendela rumahnya seraya menggodaku untuk melakukan maksiat. Aku kebingungan dan tidak tahu bagaimana harus melarikan diri. Lantas aku bertanya  wanita itu, " Aku ingin ke tandas untuk berhadas".
Lalu wanita tersebut memerintahkan pembantunya untuk menghantarku ke tandas. Sesudah berhadas, aku pun melumuri seluruh badanku dengan kotoran najisku. Kemudian aku kembali kepada wanita tersebut. Wanita tersebut sungguh terkejut dan marah dengan tindakanku dan menyuruh pembantunya mengusirku. Setelah itu, aku pulang ke rumahku dan mandi.
Pada malam harinya, aku bermimpi ada suara berkata kepadaku, "Kamu telah melakukan suatu amalan yang belum pernah dilakukan oleh siapa pun. Sungguh Kami akan mewangikan tubuhmu di dunia dan akhirat". Ketika aku bangun pagi keesokan harinya, aku merasakan tubuhku menyebarkan bau kasturi sehingga ke saat ini ia masih kekal.
Begitulah kisah para sahabat yang takutkan azab Allah s.w.t. Betapa perlunya perasaan takutkan Allah ini terselit dihati umat Islam yang inginkan kebahagiaan ukhrawi.
"Sesungguhnya orang-orang yang takut (melanggar hukum) Tuhannya semasa mereka tidak dilihat orang dan semasa mereka tidak melihat azab Tuhan, mereka beroleh keampunan dan pahala yang besar"- Al-Mulk:12.

Friday 4 November 2011

kunci persahabatan....

  1. Pilih orang yang mempunyai minat yang sama seperti anda supaya anda mempunyai persamaan tetapi jangan mengenepikan orang yang langsung tidak mempunyai persamaan dengan anda. Bersikap terbuka baik untuk anda.
  2. Ingatlah pada satu pedoman penting iaitu berlaku baik terhadap orang lain sebagaimana anda suka diperlakukan. Sekiranya anda menghormati orang lain, orang lain akan menghormati anda juga.
  3. Sedarlah bahawa tiada siapa yang sempurna, setiap orang mempunyai sifat-sifat aneh dan kecacatan, dan menerima kecacatan antara satu sama lain adalah kunci persahabatan yang baik.
  4. Hargai pendapat satu sama lain.
  5. Sedarlah bahawa kawan yang rapat sekalipun tidak dapat bersama 24 jam. Bina minat-minat yang lain dan jangan cemburu apabila kawan anda mempunyai minat-minat yang lain juga.
  6. Komunikasi sangat penting, kawan anda tidak boleh membaca fikiran anda. Sekiranya ada sesuatu yang menjejaskan persahabatan anda, beritahulah.
  7. Jangan biarkan faktor luaran seperti tekanan menjejaskan persahabatan anda. Kawan yang baik akan membenarkan anda melepaskan perasaan kepada mereka, tetapi jangan hanya mempergunakan mereka untuk melepaskan perasaan. Sebagai balasan anda sepatutnya bersedia untuk mendengar luahan perasaan mereka pula.
  8. Belajar daripada satu sama lain.
  9. Jangan mengata di belakang kawan anda.
  10. Pilih kata-kata anda dengan bijaksana kerana anda tidak boleh menariknya kembali.

PUISI ISTIMEWA BUAT TEMAN

puisi ini saya nukilkan khas buat teman yang sentiasa dalam ingatan.......

meski jarak dan waktu 
melakar ceritera kita kini
namun masih terukir indah
kenangan dikanvas minda
saat bersama menimba ilmu
saling setia memadu minda
memimpin organisasi amanah warga
membawa bahagia disegenap pelusuk

tawamu tika gembira ku bertamu
tangismu tika dukaku mengundang
bicaraku umpama aliran tenaga
saat langkahmu longlai dicerca
keihlasan merantai jiwa kita
dalam ikatan bernama persahabatan 
saling memberi dan menerima

Teman..
dugaan tuhan selalu ada 
Tanda cintanya buat kita
begitulah batasan waktu 
menduga persahabatan kita  

biar kini bisumu tanpa bicara
kunanti sapamu bertamu
ikatan ukhuwah kuharap bertaut kembali
dalam lindungan dari sang pemilik hati....


Rasulullah saw telah bersabda yang bermaksud:
perumpaan dua orang yang bersaudara adalah seperti dua tangan yang membersihkan yang lainnya...
Riwayat Al-dailami

semoga setiap persahabatan yang terjalin di redhai Allah.......