Saturday 29 October 2011

Kaya Realiti

Alhamdulillah saya masih dianugerahkan masa dan kudrat untuk melakar nota hati pada hari ini. hari ini saya ingin kongsikan serba sedikit hasil  pembacaan saya dalam majalah solusi edisi 37.

  Bila sebut saja KAYA pasti yang tergambar dalam fikiran kita rumah besar, duit banyak, kereta mewah,pakaian mahal, dan sebagainya.namun hakikat kaya yang sebenarnya bukanlah kaya dengan harta yang mewah. Disini saya ingin kongsikan 7 kategori kaya realiti:

1. KAYA DALAMAN
memiliki set minda yang positif ,ketenangan dalaman dan kekuatan spiritual yang tinggi. Mempunyai asas agama yang kukuh dan kepercayaan kepada Allah s.w.t.manusia tidak akan mampu mencapai kekayaan yang hakiki sekiranya meletakkan Allah jauh dari hatinya. Kaya realiti ialah apabila seseorang beriman dan mengaku bahawa tiada yang layak disembah selain Allah dan meletakkan Allah sebagai tempat bergantung.

"Jika kita mengejar dunia akhirat akan meninggalkan kita tetapi jika kita mengejar akhirat pasti dunia akan menuruti kita."
2. KAYA KESIHATAN
kesihatan itu kekayaan .Tiada gunanya keuntungan dalam perniagaan dan kejayaan dalam pekerjaan jika mengejarnya hingga jatuh sakit

3. KAYA PERHUBUNGAN
Jika perhubungan kita dengan keluarga dan orang yang berada di sekeliling  kita baik maka inilah sebenarnya kekayaan. Pernah anda fikirkan tak kenapa Allah ciptakan kita dua tangan, dua telinga,dua mata dan dua kaki tetapi Allah kurniakan kita satu Hati saja. Kita dikurniakan satu hati saja kerana dengan satu hati inilah Allah ingin mengajar kita berkongsi kasih sayang. Apa gunanya harta yang melimpah ruah jika kita miskin kasih sayang.

4.KAYA LEGASI
Buatlah sesuatu yang terus hidup setelah kita mati.Itulah yang sering dipesankan oleh orang bijaksana.jangan sekadar hidup secara biasa-biasa tetapi berilah impak yang signifikan yang terus berkekalan dan dikenang sebagai legasi kepada generasi kemudian setelah pemergian kita.


5. KAYA KERJAYA
kerjaya ialah wadah bagi mengeluarkan seluruh potensi diri dan bakat seseorang. kejayaan dalam kerjaya akan meningkatkan lagi harga diri. pada tafsiran saya kejayaan seseorang dalam kerjaya bukanlah berdasarkan pangkat dan jawatan yang disandang tetapi seseorang yang berjaya dalam kerjayanya adalah orang yang bekerja dengan niat yang betul iaitu kerana Allah,jujur, iklhlas serta sentiasa berusaha memperbaiki mutu kerja. Seorang sahabat pernah berpesan kepada saya katanya Allah tidak melihat hasil tetapi Allah menilai dan melihat usaha kita dalam sesuatu amal kebaikan.Jika niat kita bekerja kerana Allah maka ianya dikira sebagai satu ibadat.


6. KAYA PENGALAMAN/ILMU
Jiwa manusia sentiasa dahagakan pengalaman baru serta pengetahuan baru. Aktiviti-aktiviti kemanusiaan dan kemasyarakatan, sukan, pelancongan akan memberikan kita rasa kekayaan yang sukar untuk digambarkan. Orang yang kaya dengan pengalaman dan ilmu bukan sahaja akan mampu membawa dan mendorongnya kearah jalan kebaikan malah dengan ilmu dan pengalaman yang ada mampu membawa orang disekelilingnya kearah kebaikan.

7. KAYA EKONOMI
Wang walaupun bukan perkara terpenting dalam hidup tetapi ia tetap penting untuk menguruskan kehidupan dengan baik.ia akan memudahkan kita memenuhi keperluan tanpa bergantung dengan orang lain.Dengan wang kita mampu membantu meringankan beban insan yang memerlukan.


Inilah tujuh elemen yang perlu ada jika ingin mencapai kekayaan realiti.kekayaan yang berlandaskan harta semata-mata adalah kekayaan ilusi yang hanya akan memusnahkan dikemudian hari.

kaya realiti dambaan hati
berhias syukur sebagai penyeri
bukan harta dunia dibawa nanti
iman dan amal bekalan yang pasti

Friday 28 October 2011

Syukur....

Destinasi saya dan bonda tercinta hari ini ditemani 2 orang bodyguard yang setia Afiq zafran dan Irfan haffiy adalah rumah mak ngah di Felda Bukit Aping Barat.Rumah makngah buat kenduri doa selamat sempena hari lahir mak ngah yang ke 65.Semoga mak ngah dipanjangkan usia dan sentiasa diberi perlindungan dari NYA. Menu jamuan kat rumah mak ngah memang mengiurkan dan menyelerakan. Nasi putih, ayam masak kurma,kari daging, pulut kuning, mee rebus,bubur kacang, puding jagung dan kek coklat.

 Seronok bila melihat budaya masyarakat di sana yang masih mengamalkan makan hidang. Zaman sekarang jarang-jarang jumpa kenduri yang jamuannya makan hidang terutamanya kawasan bandar. kebanyakkan memilih kaedah buffet. Ketika melihat hidangan yang tersusun dalam dulang /talam. hati saya berdetik " orang malaysia ni mewah... Macam-macam makanan ada". Saya tak nafikan kata-kata yang sering disebut orang, Orang negara lain mati tak makan tapi orang negara kita ramai yang mati kerana makan.

 Bersyukurlah kita dengan rezeki dan nikmat yang dikurniakan Oleh Allah. ketika di negara kita mewah dengan pelbagai makanan cuba bayangkan segelintir saudara seagama kita yang kebuluran contohnya di Somalia.

kanak-kanak di Somalia
Sebagai makluman, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menganggarkan terdapat lebih dua juta pelarian Somalia yang majoritinya beragama Islam kekurangan zat dan terdedah kepada penyakit berjangkit serta kematian pada Ramadan lalu. Situasi  ini amat menginsafkan dan perlu dijadikan pedoman buat seluruh umat Islam di Malaysia.

Semoga kita tergolong dalam golongan orang-orang yang sentiasa bersyukur dengan nikmat kurnianNya.... Ameen.....


KITA TETAMU SENJA....


Kita datang ini hanya sebagai tetamu senja
Bila cukup detik kembalilah
Kita kepadanya
Kita datang ini kosong tangan dada
Bila pulang nanti bawa dosa bawa pahala

Pada tetamu yang datang dan 
Kenal jalan pulang
Bawalah bakti mesra kepada
Tuhan kepada Insan
Pada tetamu yang datang
Dan lupa jalan pulang
Usahlah derhaka pula
Pada Tuhan kepada insan

Bila kita lihat manusia lupa tempat
Atau segera sesat puja darjat
Puja pangkat
Segera kita insaf kita ini punya kiblat
Segera kita ingat kita ini punya tekad

Bila kita lihat manusia terbiar larat
Hingga mesti merempat ke laut biru
Ke kuning darat
Harus kita lekas sedar penuh pada tugas
Harus kita tegas sembah
Seluruh rasa belas

Kita datang ini satu roh satu jasad
Bila pulang nanti bawa bakti padat berkat
Kita datang ini satu roh satu jasad
Bila pulang nanti bawa bakti padat berkat

Wednesday 26 October 2011

Rezeki Deepavali....

 Hari ini adalah cuti umum sempena sambutan Deepavali tapi tak sangka rumah kami bagaikan menyambut deepavali cukup meriah dengan kunjungan saudara mara. Jam 11 pagi mak cik dan pakcik dari Kota Tinggi bersama 2 orang cucunya datang ke rumah kami. mereka memang sudah berjanji untuk berkunjung ke rumah kami sempena cuti.Riuh rendahlah cucu mereka bermain dengan ank buah saya. selepas asar ketika kami sedang bersantai sebuah kereta  parking didepan halaman rumah sejurus kemudian terdengar suara memberi salam.Rupa-rupanya bapa mertua kaklong saya datang bersama keluarganya.Mereka sebenrnya berkunjung ke rumah rakan berhampiran dengan rumah kami jadi mereka singgah untuk berziarah.Tak lama selepas itu jiran makcik saya yang datang dari kota pula kebetulan lalu dikawasan rumah kami,pak cik dan makcik saya menjemput mereka untuk singgah berbual dan berkenalan dengan keluarga kami. kami menyediakan juadah seadanya buat tetamu maklumlah kehadiran mereka tidak disangka.

 Selepas tetamu pulang saya dan kakak mula la mengemas.Sedang kami mengemas tu sekali lagi kedengaran orang memberi salam...ada lagi rupanye tetamu yang datang dari jauh pulak tu.Sepupu ayah dari Terengganu datang berziarah.Mereka dalam perjalanan ke rumah anak mereka yang terletak di Pasir Gudang. hm betul-betul terasa bagaikan susana hari raya. mak saya kata tetamu yang datang ke rumah  bawa rezeki kita tak boleh merungut dan perlu bagi layanan yang baik pada tetamu yang datang ke rumah.

Berikut adalah sedikit tips untuk melayan tetamu yang ingin saya kongsikan semoga memberi manfaat kepada kita..


Tetamu ialah orang yang datang mengziarahi kita. Sebagai tuan rumah kita hendaklah melayan tetamu dengan baik dan beradab.
Antara adab-adab memuliakan tetamu ialah :
  • Kita hendaklah menyambut dan mengalu-alukan kedatangan mereka.
  • Sebagai tuan rumah, kita hendaklah menunjukkan kemesraan dengan muka yang manis.
  • Wajib menutup aurat.
  • Menggunakan bahasa yang sopan dan baik ketika bercakap.
  • Menyediakan makanan dan minuman mengikut kemampuan.
  • Memastikan rumah dalam keadaan yang bersih dan kemas.
  • Mengiringi tetamu ke muka pintu ketika hendak pulang.
Itulah sebahagian adab-adab yang perlu di amalkan ketika memuliakan tetamu yang hadir mengziarahi kita. Apabila mengamalkan adab-adab tersebut, maka banyak faedah dan manfaat yang kita perolehi. Antaranya ialah :
  • Mendapat rahmat daripada Allah SWT.
  • Dapat mengiratkan hubungan silaturrahim.
  • Orang yang melayan tetamu akan dihormati dan disanjungi oleh orang lain.
  • Disayangi dan dicontohi oleh masyarakat.
Manakala sekiranya tidak mengamalkan adab-adab memulia tetamu sepertimana yang disebut di atas, maka akibatnya adalah :
  • Dibenci oleh Allah SWT dan manusia.
  • Mendapat dosa.
  • Merenggangkan hubungan silaturrahim.
  • Tidak dihormati oleh masyarakat.
  • Menimbulkan fitnah.
Sekian sahaja perkongsian pada kali ini.Wasalam...
Sebagaimana sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud:
“Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari Akhirat hendaklah
memuliakan tetamu dengan member layanan kepadanya. Sahabat
bertanya, “Apakah layanan itu wahai Rasulullah?” Rasulullah
menjawab, “ Layanan istimewa selama sehari semalam, dan tempoh
layanan sebagai tetamu hendaklah dalam masa tiga hari, layanan
yang diberikan selepas tempoh itu dikira sebagai sedekah.”
Muttafaqun ‘Alaihi
Oleh yang demikian, adalah wajib bagi umat Islam melayan tetamu
yang hadir ke rumah kita.
Apa ada terhadap tetamu?
Ada beberapa adab dengan tetamu kita. Antaranya ialah;
1. Memberikan layanan yang baik
Kita perlu menyambut tetamu dengan muka yang manis, berjabat
tangan dan jangan lupa kita tanyalah khabar tetamu tu. Janganlah jadi
kera sumbang pula dengan buat tidak tahu sahaja apabila tetamu
hadir. Ada juga di antara kita yang tidakmahu buka pintu pagar
memberikan izin tetamu masuk dengan alas an, menyibuk sahaja.
Jangan begitu, tapi berilah layanan yang paling baik yang termampu
bagi kita.
2. Menyediakan jamuan yang termampu
Jamuan, satu kemestian bagi orang-orangtua zaman dulu, jika ada
orang dating layanannya memang kelas pertama. Sama juga dalam
tuntutan Islam, sediakan jamuan tapi ikutlah kemampuan kita. Jangan
menjamu selera secara membazir dengan menggunakan di luar
kemampuan kita. Itu yang dilarang dalam Islam. Ingat sediakan yang
termampu, kalau air bujang sahaja yang termampu, maka sediakanlah
ikut kemampuan. Nabi pesan kepada kita, hendaklah kita makan
bersama-sama dengan tetamu kerana tetamu segan makan
bersendirian. Jadi selaku tuan rumah janganlah biar tetamu makan
seorang diri.
3. Menunjukkan muka yang manis.
Ingat, jangan buat muka yang tidak disenangi oleh tetamu yang hadir.
Walaupun dalam keadaan penat, maniskan muka semampu boleh agar

JADILAH YANG TERBAIK....

Siapa yang tak ingin yang terbaik dalam hidupnya. Saya rasa semua orang inginkan yang terbaik dalam hidupnya.Hatta seorang perompak pun inginkan calon isteri yang baik... maknanya tak kira siapa pun kat dunia ni inginkan yang terbaik, Tapi dalam hidup ini tak semuanya indah seperti yang kita impikan.Hidup ini adalah realiti bukan khayalan atau fantasi seperti di dalam drama dan juga novel.Hidup ini ada pasang surutnya.Kadang-kadang dalam kita mengejar apa yang kita impikan kita akan terjatuh dan tersungkur beberapa kali. Saya suka mengulang kata-kata profesor Dr Rubiah dalam rancangan Ustazah pilihan. "Kegagalan hari ini bukanlah bermakna anda gagal.kegagalan hari ini adalah kejayaan yang tertunda". Mungkin kita merasakan peluang yang kita ada itulah yang terbaik tapi bila apa yang kita inginkan tidak kesampaian kita merasa rendah diri dan putus asa sehingga kita lupa Allah berpesan dalam surah albaqarah:

Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedangkan kamu tidak mengetahui.” (Al-Baqarah: 216)

Sebagai seorang hamba dimuka bumi milikNya ini "Kita tidak seharusnya mencari yang terbaik, jadilah yang terbaik, nescaya akan datang pada kita yang terbaik.

*peringatan buat diri yang sering alpa...Ya Allah bantulah hambamu ini.....

Tuesday 25 October 2011

tanpa tajuk....

ya tuhan apakah perasaan ini
andai perasaan ini ujian buatku
berikanku kekuatan...
pinjamkanku ketabahan
agar aku bisa berdiri teguh
sebagai insan bergelar hambamu
yang redha dengan setiap ketentuan...

Monday 24 October 2011

10 PEMBASUH DOSA & PENAWAR HATI


Hassan al-Basri r.a. berkata: "Ketika saya berkeliling di jalan-jalan kota Bashrah dan di pasarnya dengan seorang pemuda ahli ibadah, tiba-tiba saya melihat seorang tabib yang sedang duduk di atas kerusi."
Dia dikelilingi oleh laki-laki, perempuan dan anak-anak.
Di tangan mereka masing-masing terdapat gelas yang berisi air. Mereka meminta petua dan ubat untuk penyakitnya.
Kemudian, pemuda yang bersamaku maju ke depan tabib, lalu dia berkata:
"Wahai tabib, apakah kamu punya ubat yang mampu membersihkan dosa dan menyembuhkan penyakit hati? "
Kemudian, si tabib itu menjelaskan:
"Ambillah sepuluh macam ramuan: 
  1. Ambillah akar pohon fakir bersama akar-akar pohon tawaddhu' (kerendahan hati),
  2. Campurkanlah padanya tumbuhan taubat,
  3. Taruhlah ke dalam bekas keredhaan,
  4. Tumbuklah dengan penumbuk qana'ah,
  5. Masukkan dalam kuali taqwa,
  6. Lalu tuangkanlah padanya air malu,
  7. Didihkanlah dengan api mahabbah,
  8. Tuangkanlah ke dalam gelas syukur,
  9. Kemudian kipaslah dengan kipas harapan,
  10. Lalu minum dengan sudu pujian.
Sesungguhnya jika kamu mengerjakan hal itu, maka akan menjadi ubat bagimu dari semua penyakit dan bencana di dunia dan di akhirat." - Dipetik daripada Kitab Nashaihul 'Ibad, Imam Nawawi.

Seminggu Yang Berlalu....

Alhamdulillah minggu yang mencabar telah berlalu. tujuh hari yang sangat padat dengan pelbagai aktiviti walaubagaimanapun saya sangat berpuas hati kerana minggu tersebut berakhir dengan kemanisan yang sangat indah.  saya mulakan dengan awal minggu kami di SK taman molek sibuk dengan raptai untuk kejohanan sukan sekolah kali ke 10.Sepatutnya sukan yang dijadualkan berlangsung pada hari Khamis 20 Oktober tiba-tiba terpaksa diawalkan pada 19 oktober.Bertungkus lumuslah saya dan rakan-rakan membuat persiapan. Saya ditugaskan untuk membantu  melatih pasukan pancaragam sekolah.Sebenarnya saya tidak ada kemahiran pun cuma menyibukkan diri membantu rakan-rakan yang sangat bersungguh-sungguh iaitu Cikgu Jamiatul Aishah, Cikgu Faridah Dan Cikgu Salasiah. Tabik SPRINGGGGG untuk mereka kerana sanggup mengharungi pelbagai rintangan dan dugaan dalam melatih pasukan pancaragam sekolah.
pasukan pancaragam ketika sesi latihan..... Guru Besar pun turun padang....

Cikgu Jamiatul Aishah....
cikgu faridah pun tak kurang hebatnyeee.....

 Dalam keghairahan membuat persiapan tiba-tiba saya menerima sepucuk surat dari PPD pasir gudang untuk menghadiri kursus pedagogi Kemahiran Hidup pada 19 Oktober.... maka berlangsungla Hari sukan SKTM tanpa saya. Tapi saya gembira kerana Pasukan Jerung mendapat tempat ke 2... Tahniah kepada guru dan juga murid-murid. 
anak-anak jerung...... 
Berakhir sukan sekolah saya menerima satu tugasan iaitu pihak johor Copration meminta kami menghantar 6 pasukan untuk menyertai Cabaran Catur Bistari Peringkat Daerah.Pada awalnya saya rasa keberatan untuk menerima tawatran tersebut memandangkan kami hanya ada 2 hari untuk melatih murid-murid bermain catur bistari yang pada saya bukan satu permainan yang mudah. Namun dengan sokongan pihak Guru Besar saya dan rakan-rakan menyahut cabaran ini. 
murid-murid berlatih bermain catur bistari....

Pada 21oktober 2011 berlangsunglah pertandingan Cabaran Catur Bistari di Persada Johor bahru. Seramai 36 orang iaitu 6 pasukan telah mewakili sekolah kebangsaan Taman Molek.Ini adalah penyertaan pertama SKTM dalam cabaran catur Bistari. Melihat cara peserta dari sekolah lain bermain dengan begitu pantas dan cekap membuatkan kami guru-guru yang turut sama berada di lokasi pertandingan rasa kagum. kami tidak meletakkan harapan yang terlalu tinggi dalam pertandingan ini cukuplah sekadar dapat memberikan pengalaman kepada murid-murid kami yang pertama kali menyertai pertandingan ini. namun Tuah Ayam nampak dikaki tuah SKTM nampak di CATUR BISTARI... Alhamdulillah salah satu kumpulan dari SKTM telah mendapat johan dalam pertandingan Cabaran Catur Bistari 2011 peringkat Daerah Pasir Gudang dengan pungutan aset sebanyak 600 juta lebih.....Ucapan terima kasih kepada Cikgu Salmi, Cikgu Huda, Cikgu Asnorhisham,Cikgu Aisah yang membantu melatih peserta tidak ketingalan kepada cikgu Siti Rubiah dan Cikgu Rosmalina yang mengiringi peserta. Insyaallah pada tahun hadapan kumpulan ini akan bertanding di peringkat negeri. Sama-sama kita doakan kejayaan mereka.....
kamilah juara........
peserta dan guru-guru pengiring


wajah-wajah ceria peserta dan guru pengiring

" Hidup itu adalah rangkaian perjuangan demi perjuangan, maka jangan ada kata menyerah, putus asa dan sia-sia.. Tetaplah tegar meski yang lain berguguran, tetaplah tersenyum meski perjuangan ini terasa pahit dan berliku.. Karena Dia tak kan menyia-nyiakan perjuangan kita."


Saturday 15 October 2011

KUASA SEORANG IBU

Tersentuh hati menonton cerekarama di tv 3 malam tadi. Drama bertajuk " bawaku ke syurga" memberi kesedaran betapa Doa seorang ibu sangat mempengaruhi kehidupan seorang anak.Drama ini memaparkan 2 karakter ibu yang berbeza dan mempunyai anak yang sedang menunggu hukuman mati dipenjara. Seorang Ibu selalu mendoakan yang baik untuk anaknya manakala seorang lagi ibu selalu mengungkapkan perkataan keji dan hina pada anaknya.Akhirnya keikhlasan hati seorang ibu mendokan anaknya telah membebaskan anaknya daripada tuduhan membunuh.Setiap kata yang terukir dibibir seorang ibu adalah doa.maka kepada sekelian ibu dan bakal ibu ungkapkanlah perkataan yang baik-baik untuk anak-anakmu.

Kepada anak-anak pula tanggungjawab seorang anak terhadap ibunya ialah menghormati dan mentaati mereka selagi ianya tidak bertentangan dengan syarak ...
Beribadahlah kalian kepada Allah dan janganlah menyekutukan-Nya dengan sesuatupun serta berbuatbaiklah kepada kedua orang tua. (An-Nisa`:36)
Saya ingin kongsikan 1 peristiwa berkaitan ibu.
Seorang ibu datang ke sekolah setelah tamat sesi persekolahan sesi pagi mencari anaknya tidak pulang ke rumah. Saya yakin perasaan kasih sayang dan kerisauan terhadap keselamatan anaknya lah yang mendorong ibu tersebut berbuat demikian. Tapi malangnya apabila IBU tersebut menemui anaknya disekolah yang sedang merayau-rayau dipersekitaran sekolah IBU tersebut telah ditengking oleh anaknya

IBU      : Kenapa kamu tak balik?
MURID : Mak ni kan dah bagitau ayah!.................... 
Rakan saya yang mendengar perbualan tersebut tersentak lalu menegur murid tersebut atas perbuatannya yang salah tapi murid tersebut berlalu tanpa kata maaf untuk ibunya.Sepanjang perbualan tersebut tidak sekalipun murid tersebut merendahkan intonasi suaranya. Menurut IBU tersebut dia sangat risau kerana anaknya pernah tidak hadir ke sekolah agama selama sebulan dengan alasan terlibat dengan latihan rumah sukan di sekolah kebangsaan sedangkan pada waktu itu sebenarnya tiada latihan sukan diadakan. Anaknya juga telah menghantar surat kepada guru sekolah agama dan meniru tandatangan bapanya. Aduhai sedihnya bila terdengar cerita ini dari rakan saya. Murid ini adalah kategori murid yang berada di kelas hadapan".
   Redha Allah terletak pada redha ibubapa" inilah yang selalu saya ingatkan kepada murid-murid saya. Semoga ianya terkesan di hati mereka.
Hargailah mereka selagi ada didepan mata....Sayangi mereka kerana mereka kita ke syurga.. Tahniah buat pengarah darama "BAWAKU KE SYURGA" kerana telah menghasilkan cerita yang sangat baik. Semoga ada hati-hati yang tersentuh,mata-mata yang mengalirkan air mata keinsafan,telinga yang mendengar massage yang ingin disampaikan . 

*Terima kasih buat BONDA tercinta HJH ZAIDA BINTI ABD AZIZ kerana tidak jemu mendoakan yang terbaik buat anakmu ini..